Kesilapan Di Bulan Ramadan

Bismillahhirrahmannirrahim.

Salam 2 Ramadan!
Salam 3 Ramadan!

Apa kabar puasa kalian? Semoga ia baik² ajer dan Allah menerima amalan puasa kita. Amin. Jom buat semakan apakah kesilapan yang sering dilakukan di bulan Ramadan untuk memastikan amalan puasa kita diterima sepenuhnya.

Antara kesilapannya:
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa
5) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana solat terawih
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Penerangan penuh boleh disemak di laman: http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/148-kesilapan-kerap-dalam-bulan-ramadhan.html.

Sumber: Ustaz Zaharuddin

1 comment:

PeRdU cINta said...

Betul..banyak yang perlu kita perbaiki..