Hasil Semakan Kiblat

Assalaamualaikum.

Pada 18 Julai tempoh hari, telah berlaku lagi Istiwa A'zam. Ini membolehkan umat Islam seluruh muka bumi sejak dahulu sehingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah kiblat dengan mudah dan tepat.

Ditakdirkan pada hari yang sama, cuaca di sini agak mendung. Memandangkan tiada langsung bayang, mummy kecewa sebab tidak dapat semak kiblat di sini. Namun, hasrat hendak semak arah kiblat rumah di kampung tercapai dilakukan oleh seorang agen yang mummy lantik sebagai wakil diri. 'Hehe.. Jangan marah arr siapa yang berkenaan tuh..'

Jom tengok hasilnya..
Kayu yang ditegakkan dan bayangnya


Tanda merah tu lokasi semakan arah kiblat

Kedudukan rumah memang senget dari rumah² lain
Peta yang terakhir tu adalah peta yang sudah di zoom kan, dan menunjukkan kedudukan rumah yang sedia dibina senget mengikut arah kiblat. So... Kalu nak solat, boleh hampar sejadah secara lurus sahaja.

Semoga bermanfaat.

1 comment:

mama ka0ri said...

Wahhh...bagusnya mummy!! Siap lantik agent lagi tu..