Ucapan Khas Selamat Hari Raya


Salam Aidilfitri.

Harap masih belum terlambat untuk ucapan Selamat Hari Raya Fitrah, walau orang bertakbir raya pun kedengaran setakat pada 1 Syawal iaitu tiada lagi takbir setelah solat sunat hari raya. Sebagai manusia  masih dalam mood beraya dan berziarah ke sana-sini. Tapi ingat.. Jangan makan berlebihan ye! Nanti kena ziarah klinik² berdekatan pula. Mummy tahun ni beraya ala kadar jer. Suami cuti takder, dah habis katanyer. So, beraya ajer la kami sedekat yang boleh, beraya bersama keluarga pakcik mummy di sekitar Bangi ni. Alhamdulillah, raya masih meriah rasanya. Sedih pun takk.. Haha. 

Bagi persepsi mummy, raya tu terletak pada solat sunat hari raya. Kalu tak dapat solat takder nikmat raya gitu, selain dapat bersama orang² tercinta. Kalu ditakdirkan takde orang tercinta, asalkan orang yang sayangkan kita. Ngee... Semoga Allah menerima Amalan ku dan amalan mu.


Post Selfie Kami²

Bagi yang belom ikut segmen mummy, masih ada masa lagi ni.. Lagipun target nak 30 bloglist kan.. masih ada peluang lagi ni.. Jom.. Jom...

Maaf zahir batin dari Mummy-Ann mewakili macam²ann.blogspot.com

1 comment:

ZaridaIshak said...

Solat hari raya yang menjadikan raya kita cukup sempurna kan?