'Nak Tengok Babang'

Cucu saudara


Assalaamualaikum warahmatullah..

Hari ni nak citer kisah Adam nak tengok 'babang' yang bermaksud kapal terbang. Kisahnya pada Rabu lalu, merupakan hari keberangkatan anak sedara pulang ke Mesir untuk menjalani peperiksaannya yang terakhir untuk semester yang terakhir, Insya-Allah. Adam bila dengar makciknye nak naik 'babang', memang itu saja yang disebutnya dari hari mula²  bertolak dari Kaybee hingga ke hari sampai di KLIA. 

Mummy juga ikut serta untuk menjadi co-pilot ke KLIA. Sebelum ke parkir kereta, sempat juga Adam tengok kapal terbang yang parkir di sekitar KLIA. Katanya, 'Sikit', bila orang sebut, 'Banyaknya kapal terbang'. Aduyai.. Bising dia dalam kereta dengan mengulang² ayat 'Nak tengok babang'. 

Adam yang tak sabar² hendak tengok 'babang' ditemani pakciknye tengok 'babang' di bahagian anjung view. Selepas selesai check-in bagasi semua, waktu dah menginjak ke jam dekat 7 petang, barulah kami semua ke tempat Adam tengah asyik tengok 'babang'. Seronok dia.. Di situ, Adam dapat jugak tengok 'ketapi' bila nampak tram dok lalu-lalang kat situ.

Selepas selesai solat maghrib, barulah kami² semua ada mood nak bergambar. Tetapi punya susah nak tangkap gambar Adam yang sentiasa aktif bergerak². Gambar dia memanglah blurr sesaja. Jom kita layan gambar yang tak seberapa..

Semua tengah pujuk Adam supaya buat P.E.A.C.E untuk tengok kamera.

Tengok.. masih sibuk nak tengok 'babang'

Haa.. Kan dah jatuh bila cuba nak main ketapi atas pengadang

Adam selfie ke nak amik gambar sapa?

Orang nak tangkap gambar dia, dia pulak sibuk nak tangkap juga..

Adam nak telefon mama ke?


Akhirnya Adam layan buat P.E.A.C.E.


Adam dah penat berjalan. Diam je dia atas troli tu.. 

Dalam perjalanan ke parkir, tiba² Adam cakap, 'Nak naik babang'. Ala kesian la pulak dengar, sebab makcik dia dah tinggal Adam. Adam sebenarnya dah naik semua jenis kenderaan, dari bas, keretapi, kapal terbang, bot laju. Kapal selam je kot belom. 

2 comments:

Dingdang said...

untungnya. muda2 dah ada cucu. hihi

Unknown said...

Hehe...comei...