Lunch Hari Ini

Setelah kepenatan, dan kelaparan menanti segala urusan baharui insuran kereta dan cukai jalan diselesaikan, perut pula perlu diisi. Terus singgah ke kedai berdekatan untuk tapau sedikit makanan. Lauk pilihan mummy hari ini adalah... Tempe goreng tauhu dan ikan celop tepung. Aiyokk semua bahan protein yang bergoreng.

Cuba teka berapa harga ni?


Mummy terperanjat campur rasa syukur jugak dapat rezeki ini. Adik cashier tu hanya caj RM2.60. Selalunya jika ambil ikan tepung itu sahaja pun boleh cecah RM5 sepinggan, bukan sepolsitrin yer. Bila balik umah rasa tak puas, rupanya nasi tu sikit sangat mummy letak, tadi macam dah banyak bubuhnya.. Jadilah daripada xder langsung. Ini kira brunch lah sebab pagi tadi hanya sempat kunyah oat choco je.. 

Semasa menunggu kat JPJ lagi pedih dah perut ni, nasib tak pitam je menahan perut. Mummy dapat  cari tempat duduk, tu pun second row daripada tempat yang dikhususkan untuk warga emas. Nasib baik tidak kena halau tadi.. sebab tak beri keutamaan pada warga emas. Tapi mummy tengah menahan perut kann, kalu tidak dapat duduk tak tahulah camaner..

Wassalam.

3 comments:

Z@i Z@mR33 said...

murahnya...

nasi kosong pon dh singgit kn?so hrga lauk tu just singgit nam posen jela ye?

mama ka0ri said...

kita pon kalau lapar sgt mmg takleh buat apa..jalan pon tak larat..huhu..

Eira Aikawa said...

sedapnya..
kira murah ar mummy..
eira tag mummy join ga ni..
http://eiraaikawa.blogspot.com/2014/09/1st-giveaway-by-dilakazuha.html