Aktiviti Petang Semalam


Mini bun
Assalaamualaikum!

Hai uols.. Dah lama rasanya mummy tak buat roti. Asyik² buat pizza je.. Semalam masa pergi rumah pakcik saudara teringat pulak, dia ada request mummy buatkan roti. Rupanya dia peminat roti berdasarkan dari cerita dari makcik merupakan isteri beliau. Makanya mummy gagahkan diri untuk meng'roti'kan diri petang semalam. Maklumlah dah lama tak buat ni, takut² tak menjadi pulak kan.. Kalu pun resepi dah betul, rupa yang tak lawo akan mempengaruhi orang nak makan kan. Tapi sendiri buat, sendiri nak makan oke jer. Hiks!


Macam biasa mummy buat roti bentuk ulat bulu (tiada dalam gambar), bentuk kelopak bunga, dan ada satu bentuk berbeza dari biasa - bulat biasa tapi versi mini bun. Rupa pelbagai, tapi satu rasa jer - kacang merah. Itu lah yang paling senang, sebab itu saja yang ada stok di rumah.

Kelopak bunga -nama hentam sajalah


NOTA KAKI: Ada yang nak belajar buat roti?

1 comment:

Dingdang said...

sedapnya...
puas hati makan roti buatan sendiri kan :)