Kereta Abang Rosak



Alkisah semasa dalam perjalanan ke Gopeng tempoh hari, kereta abang telah overheat dan enjinnya dimatikan secara automatik. Dekat setengah jam jugaklah, kami tersadai di tepi jalan, sebelum dapat meneruskan perjalanan yang hanya berbaki kurang lebih 30km lagi sebelum tiba di destinasi penginapan kami. Bila enjin sudah boleh dihidupkan, kami meneruskan perjalanan dengan bekalan berbotol² air untuk diisi jika berlaku lagi overheat dan tangki kering lagi. Ternyata kereta itu berjaya sampai di destinasi tanpa mati enjinnya.

Keesokan harinya, abang mummy dah nekad selepas kenduri harus singgah dulu ke bengkel sebelum balik ke Kuala Lumpur. Tambahan pagi tu, bila abang cek, air dalam tangki berkurang lagi. Mummy yang menaiki kereta lain, kereta kakak ipar yang memang dia insist untuk kami berdua membawa kereta dia ke Gopeng, telah keluar pagi² Ahad untuk mencari sarapan. Sambil² tu kami usha lah mana² bengkel yang buka kan. Last² semasa dalam perjalanan ke tempat kenduri, kami ternampak satu bengkel melayu dekat area Taman Ampang Jaya, dan seperti yang dirancang selepas kenduri, abang pun singgah di bengkel tersebut. Satu sebab dekat, dan satu lagi memang takder dah kedai lain yang buka cuti² hari minggu dan hari merdeka.

Mula² ada sorang mekanik ni yang tengokkan kereta, tapi dia buntu dan dipanggilnya boss nya. Abang ni puas dah citer; air yang keluar menitik tu adalah air dari tangki radiator ke entah hapa, tapi bolih mekanik boss ni kata bukan dan kata ia air dari aircond. Mummy pun saksikan, air tu akan menitik atau keluar hanya apabila penutup tangki dibuka. Untuk cari punca dan sebab, dia pun pasang alat elektronik ke sistem kereta. Seketika tu dia tanya, kereta ni pernah test macam ni ke? Abang kata ada.. Mummy faham macam mesin tu tak leh komunikasi dengan sistem kereta. Mummy pun x sure apa bende ntah yang berlaku.

Selepas cek sana-sini, masukkan air ke tangki melalui paip apa ntah, dia pi cuci lak enjin tu dengan bahan kemikal, lepas tu cakap.. 'Haa! barulah nampak oke sikit. Bla.. bla...'. Mummy pun tak ingat apa lagi dia kata.

Selepas pergi test drive kerete tu dan balik semula ke bengkel, dibiarkan jer enjinnya hidup. Lama jugaklah scene tu.. Selepas dah puas hati si mekanik tu, dia pun kira nak serah lah kereta tu kat abang, dan hendak tutup dah bonet enjin. Sekali, enjinnya mati..... So, patahlah hati kami semua untuk pulang pada tika dan saat itu. Masa tu dah dekat nak masuk asar.

Dipendekkan cerita, abang mummy ambil keputusan untuk tow aje kereta dia, dan kami semua terpaksa punggah barang bawa masuk dalam kereta kakak ipar dan pulang dalam satu kereta. Pergi dua kereta, pulang satu kereta, sementara yang satu lagi di tunda pulang.

Hmm.. Bila dah sampai K.L, kakak ipar bagitahu mekanik tu caj RM150. Ohoho.. Apa korang rasa ekk.. Mummy betul² speechless sebenarnya dengan harga tu.. Bukannya nak tidakkan kerja² mekanik tadi. Cuma musykil jer adakah reasonable harganya. Sapa² yang boleh kongsi pandangan. Dahlah x setel masalah, kena tow lagi yang bukannya foc.


NOTA: Panjangnya entri kali ini. Terima kasih pada sudi membaca hingga habis.
**Auto schedule post

2 comments:

puteri kasih said...

la mahalnya kena charge...kalau prob settle pun tak apalah juga kan

Unknown said...

wah...mahalnya