Kesayangan


Assalaamualaikum!

Nama saya 'kucing kelabu manja'. Umur saya dah nak masuk 9 tahun bila tiba Oktober 2013 nanti. Tuan saya rasa saya ni masih muda(sebab masa terlalu cepat berlalu), tapi sebenarnya saya dah kira tua dah. 
Hari ni, tuan saya telah hantar saya ke hospital vertinar untuk mandulkan saya. Motif utama tuan saya berbuat demikian adalah untuk menyekat saya daripada saya spray cecair ajaib saya ke setiap sudut untuk marking kawasan jajahan saya. Maklumlah rumah tuan saya ni femes dengan pelbagai haiwan yang suka singgah cari rezeki. Bagi tuan saya, mereka adalah teman, tapi bagi saya mereka adalah musuh ketat saya. Tambah² ada lagi seekor jantan tuan saya bela, dan telah banyak kali cuba nak goda mak saya, mesti lah saya tak suka kan. Saya selalu spray ke arah rumah bertingkat ia, sebab saya jeles, dan tanda saya marah kat ia.
Berbalik kepada cerita umur saya tadi, Doktor yang rawat saya tu sendiri yang cakap saya ni dah tua, dan tanya tuan saya, nak buat tak test blood untuk check dulu keadaan kesihatan saya secara total, walaupun secara luaran, saya memang jarang² sakit berbanding keluarga saya yang lain. Cuma sekarang saya ni ada kena kurap sikit jer, sebab ada sekali tu saya keluar outing dari kawasan tempat tinggal saya dan telah terjangkit dengan kucing lain yang tidak bertuan. Camana saya boleh berangkit? Mestilah sebab saya telah bersentuhan dengan kucing luar tu, itupun saya terpaksa tersentuh dengan ia bila saya telah bergaduh dengan kucing tuh. Nak buat macamane, nasi dah jadi bubur. Terpaksa tuan saya relakan saya untuk diberi ubat oleh doktor disebabkan penyakit kurap saya tu. Maafkan saya ye tuan, terpaksa keluar duit lagi.. huhu
Sekarang ni saya sure, tuan saya mesti tengah risaukan saya, dan tiada mood untuk perkara lain, sebab telah menandatangi surat untuk benarkan doktor bagi meneruskan prosedur casiteration tanpa buat complete test ke atas saya. Saya tahu dia mesti fikir saya mesti kuat dan tidak ada apa yang akan pisahkan saya dan tuan saya kecuali sudah tiba ajal. Tuan saya pasrah, begitu juga saya..

TOLONG DOAKAN SEMOGA KESIHATAN SAYA 'KUCING KELABU MANJA' INI SIHAT2 SAHAJA SELEPAS PROSES PEMANDULAN INI NANTI.


2 comments:

Angel Love Soldier said...

Semoga dye sihat2 sahaja..

Mizz Aiza said...

semoga kelabu sihat selalu...