Terkini : Simanja

Assalaamualaikum!

Alhamdulillah dilafazkan kepada Allah ta'ala. 

Syukur² sangat, sebab sikelabu manja telah pulang ke rumah dengan selamatnya pada hari Kamis lalu, setelah menjalani pembedahan kecil untuk procedure spay/casitration.

Bagi melengkapkan lagi atau memastikan procedure berjaya dan selamat, simanja kelabu diarahkan utk di 'cage' kan selama 10 hari. Huhu.. kesian ia. Tapi rasanya hari ke-9 je mokcik akan simpan dalam cage kecil. Sebab hari sepuluh tu dah nak balik kampung. Kesian lah kat dia kalu kena berkurung dalam tu jugak selama beberapa hari mokcik nak tinggal ia tanpa pengawasan nanti kan.. 
Terima kasih juga kepada kawan² yang telah sudi mendoakan simanja mokcik ni.. Sekarang hanya tinggal 3 ekor sahaja daripada 6 ekor. 2 ekor mati depan mata, sekor lagi hilang. Memandangkan hanya tinggal 3 ekor ni je kawan dan teman mokcik. Harapan agar simanja and the gang ni akan dipanjangkan lagi usianya.  
Sedikit info: Purata hayat kucing adalah 10 tahun, tapi ada jugak boleh hidup menjangkau ke 30 tahun. 

gambar ehsan

Sambil² menaip ni sbnrnya, mokcik tgh menderita sakit bahu/bhg belakang dekat belikat. sebab tu mokcik xleh mengadap pc lama², dan x dpt nk update blog ni selalu. Ada byk urusan lain lagi nk guna utk tatap pc ni selain berblogging, seperti nak update stock dan info di blog dan fanpage, layan email, dan macam-macam hal lagi lah kan. Memang sampai tak terupdate pun kat semua tempat, tambah² lagi untuk berblogwalking secara massive.

Bila dah sakit bahu ni menjelang, memang terasa macam nak hire staff je untuk bantu mokcik bereskan kerja² yang terbengkalai.. Masih ada lagi stock² yang berbaki yang belom sempat nak upload atau snap gambar. Kadang² tu memang ada yang x sempat snap tapi dah ada orang grab. Tu kira nasib baik jugak lah kan.. sebab dah tersold. Cuma bila fikir nak hire ni, macam tak mampu la pulak. Sebab profit bukannya banyak sangat. Sekadar cukup² jer untuk buat belanja bulanan - beli makan pet, bayar itu-ini, dan ada lebih wat pelaburan untuk saham akhirat sket kan.. Zakat tu memang bayarlah walau x cukup haul pun. Alahai.. sikit jer baru amalan untuk bekalan di sana. Minta usia ini dilanjutkan jua untuk terus beramal.

Sakit² bahu pun panjang pulak ceritanyer yea.. Bukan apa ni pun bersambung² taipnya dari siang tadi, sampai saat ni.. Tambahan pula sudah pakai support vest, baru terasa lega sikit. Tapi tak leh lama² jugak, nak kena ada rehat yang cukup untuk segar bertenaga di hari esok kan.. Dengan harapan sakit bahu pun hilang jugak bila bangun esok pagi. Daa..

No comments: