Kehilangan


Assalaamualaikum!

Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Apa kabar kawan² blogger sekalian? Mokcik sihat hari ni, tapi hati jer rasa sedih sikit. Mana taknyer, petang tadi, waktu asar teman sepermainan mokcik kat rumah ni dah tak bermaya lagi nak melawan sakitnya, dan sudah tiada lagi pada saat ini..


Lepas maghrib, hasben sudah mula menggali lubang untuk tempatkan kucing mokcik yang paling comel. Dekat 10 jugak lah baru settle semua.. Maklumlah tanah kat sini keras². Terpaksa gali beberapa lubang.. Akhirnya yang ketiga baru dapat lokasi yang sesuai.

Hari ni adalah lebih kurang cukup 2 bulan Chiko disedari ada penyakit, dan menderita kesakitan.

Kronologi Chiko disedari mempunyai penyakit:-
12 november : 
-Ada benjolan di muka
16 november : 
-Notice benjolan ada di leher juga
19 november : 
-Bawa jumpa Vet
26 november : 
-Second appointment dgn vet
-Warded untuk Diagnose penyakit - sampai hari ni belom dapat tahu sakit apa
4 disember : 
-Chiko discaj dari vet
-Bermulalah berperang nak bagi ubat kat ia.
Mid disember : 
-Chiko dah kena spoon feed, sebab nak bagi ubat.
-Dah 2 minggu kena makan antibiotik, Chiko sangat lemah dan lembik. Makan memang tak selera dah.
-Makan pakai syringe.. Badan memang dah kurus kering.. Kesian tengokk.
20 disember :
Pagi: Chiko nampak ia bangun berjalan, tapi kencing bukan di tempatnya.
Malam: Chiko dah tak leh bangun, kencing tempat tidur.
22 disember :
Asar: chiko macam kena sawan.
6.30: mulut chiko dah berbuih, peparu pun dah tiada turun-naik lagi.

Mokcik citer semua ni, sambil terbayangkan macamana kita sebagai makhluk dan hamba Allah akan pergi mengadap Ilahi.. Wallahu a'lam.

Jom layan gambar² yang sempat mokcik snap dan nak abadikan di sini..

Sekitar Mac 2012

Awal November - Sebelum sedar ia sakit.
Bila tengok gambar ni, nampak monyok.

19 November - Baru balik vet

Comel jer tido berbantalkan bekas air

22 November

R.i.P - 22 Januari 2013

Kucing ini yang kami gelar 'kucing lowered', sebab badan ia besar lepas kena spay, dengan bulu tebal, memang nampak lowered. Kami juga panggil ia 'kucing jaga', sebab mana² kucing luar masuk, ia lah akan kejar, tapi hanya sampai pintu pagar rumah jer.. tak larat kot nak kejar jauh², lagi satu ia memang garang dengan kucing² luar. Kami akan merinduimu - Chiko. 

No comments: