Selamat Hari Jumaat

Assalaamualaikum!!

Hari ni 11 Januari 2013 bersamaan 28 Safar 1434 . Sudah masuk Jumaat kedua untuk tahun 2013. Begitu pantas masa berlalu... Tempoh untuk GA mokcik pun bakal berakhir kelak, maka cepat² join ye! 

Mana tahu kalu join hari Jumaat yang penuh keberkatan ini akan membawa tuah kepada anda.... Walaupun hadiahnyer tak seberapa, tapi penyertaan anda amatlah dihargai..

Dah macam takde bende nak taip ni, nak wat komentar sket la.. Daripada pengamatan mokcik, ramai yang tak LIKE page Surf&Shoppe.. Kenapa ekk?! Walau ia tiada kewajipan untuk peserta buat, mokcik suka berfikir ni.. Mungkin sebab nama ia tak sedap kott. Atau sebab uols tengok situ dah ramai LIKERS kot.. Huhu.. Atau uols tak suka barang² kat situ.. Hoho..

Astaghfirallah....


Sempena Jumaat yang mulia ni jomlah kawan² kita istighfar banyak²



Nabi saw. bersabda, sesiapa yang berkata أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ “Astaghfirullahal-‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih”, nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang. (HR At Tirmizi, hadis no: 3577)

Nabi saw. bersabda,"Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

No comments: