Cicak vs Ubat Semut

Gambar Hiasan



Assalamualaikum.
Selamat hari Isnin. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan diberkati Allah.

Hari ni nak stori kat uols pasal askar² semut di rumah. Memang sedari pertengahan tahun lepas semut sudah masuk tinggal sebumbung dengan daku.. Tak bayar sewa pulak tuh. Mula² biasa² jer. Sekarang ni bermaharajalela lak.. Air mineral tumpah pun nak hurung. Baru letak pinggan nasik nak makan atau tengah² nak makan, ada lak yang merayap kat tepi pinggan nasi tu.. Aduhai..

Dah letak ubat semut pun tak nak pindah rumah jugak semut² ni. Kalu yang sembur tu tak nyah citer lah.. Masa geram tu apalagi.. spray ajer, yang tahan nyer kita lah.. bau penyembur tuh.. Huhu..

Baru² ni pi lah ronda² tujuan utama misi mencari ubat semut lain.. So, terjumpa lah yang brand yang tak pernah guna.. Sepeket RM4, kalu beli 3 RM10 kot.. Tapi belom cuba, belom tahu kerberkesanannya. Maka beli satu jer lah kan..

Dah berhari² dok guna ubat ni, tapi semut ni macam biasa jer dok berbaris ke sana ke mari. Dah lah dalam rumah ni dok simpan kucing yang tengah sakit tu.. Kadang kesian, kucing tu lak yang semuat ganggu.. Apatah lagi makanan meow.

Suatu hari, perasan semut ni makin banyak lak.. 'Apahal lak semut ni kan.. Dahlah ubat penenang dah kasi, tapi makin sebok lak askar² ni bekerja.. Aku pun takde lah beriya sangat buat kerja harian, -biasa² je buat kerja rutin.'

Korang nak tahu takk.. kenapa semut ni rajin sangat bekerja? Macam dapat ubat kuat lak..

Rupanyer askar² ni tengah hurung cicak daa... Eiiiiiiiii geli-gelemang daku nengok cicak² yang bergelimpangan tu..

So, kesimpulannya, ubat yang dibeli terkesan terhadap cicak dan bukan kepada semut² tadi.. Ohoiiiii


NOTA: RASANYE PENJUAL TU SALAH LABEL UBAT SEMUT DENGAN UBAT CICAK KOT

2 comments:

Michelle Hopell said...

mereka ni mmg pengacau dlm rumah.
hihi~

Anonymous said...

ubat semut yang paling berkesan aku dah jumpa. umah mak aku dkat kampung pun byk smut. tu yang aku g cari2 klau ada ubat yg bagus.satu hari aku jumpa sorang kawan ni syor kan kat aku satu ubat ni. aku pun cuba lah. sampai skang ni aku tak nmpak sekor smut pun dlm umah mak aku. skang ni pun aku jual ubat tu la. klau nk, jemput ke fb aku, Md Kayy. bleh baca kat sana. tq