Puteri Rabiatul Adawiyah | Ratu Catur

Gambar Ehsan

Semalam tengok berita tv awani citer pasal budak kecik umur 4 tahun telah terpilih untuk mewakili negara Kejohanan 7th Asian Schools Chess Championship di New Delhi. Wawi.. Da boom lah budak tecik ni. Jeles mokcik, dulu pernah masuk kelab catur masa tingkatan satu, tapi hampeh tak dipilih untuk wakili kelab pun. Ekekekek...

Jom baca berita lanjut dari Bernama:

Kerajaan negeri Perak bersetuju menaja keseluruhan kos bagi membantu Puteri Rabiatul Adawiyah Mat Zaki menyertai Kejohanan Catur Sekolah Asia kali ke-7 di New Delhi, India, pada 16 hingga 23 Dis ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata langkah itu diambil oleh kerajaan negeri atas kecemerlangan Puteri Rabiatul Adawiyah yang baru berusia empat tahun dalam acara itu serta merupakan anak negeri Perak.
"Beliau kini berusia empat tahun dan mahir di dalam permainan ini...kita membuat beberapa perlawanan ujian ketika bertemunya minggu lepas dan ternyata Puteri Rabiatul Adawiyah memang berbakat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek tajaan bernilai RM10,000 bagi tujuan itu di sini Isnin.
Beliau berkata pihaknya benar-benar teruja dengan kebolehannya dan berharap lebih ramai anak negeri ini yang berani mencuba pelbagai jenis sukan dan berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.
"Kita mengiktiraf Puteri Rabiatul Adawiyah sebagai mewakili negara ke pertandingan itu...walaupun Persekutuan Catur Malaysia tidak mempunyai peruntukan, kita memberi tajaan sebanyak RM10,000," katanya.
Katanya kos berkenaan bertujuan menampung perbelanjaan pemain cilik itu bersama-sama ibu bapanya yang akan berlepas ke New Delhi beberapa hari lagi.
Sementara itu, Puteri Rabiatul Adawiyah yang ditemani ibunya Raja Noraizah Raja Mahmood pada majlis hari ini berkata beliau akan mencuba yang terbaik di dalam kejohanan ini dan berharap dapat memenangi kategori yang disertai.
Sebelum ini, Puteri Rabiatul Adawiyah telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke kejohanan itu bagi kategori bawah lima tahun.
Bagaimanapun beliau tidak dapat merealisasikan impian itu jika keluarganya tidak berupaya menyediakan RM10,000 bagi menanggung perbelanjaan.

2 comments:

Syira Rara said...

SALAM..:) sy baru follow ur blog..n if u dont mind.pliss follow mine..blh share cerita..:)

Mummy-Zerry said...

Jom! tenkiu..