Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Biodata

Nama:
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah

Lahir:
28 November 1927

Pendidikan: 
Sekolah Melayu Alor Merah 
Sekolah Melayu Titi Gajah 
Kolej Sultan Abdul Hamid (1946 - 1949) 
Wadham College, Oxford

Pernah berkhidmat:
Baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan Pejabat Perbendaharaan Negeri (1955)

Perkahwinan:
  1. Bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada bulan Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan.dikurniakan tiga puteri iaitu Datuk Seri Tunku Soraya, Tunku Sarina (mangkat) dan Tunku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz.
  2. Berkahwin dengan Tuanku Sultanah Haminah yang dilahirkan di Bagan Serai, Perak pada 25 Disember 1975.

Kronologi:
28 November 1927 - Diputerakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

6 Ogos 1949 - Ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah.

9 Mac 1957 - Dilantik sebagai pemangku Sultan Kedah.

14 Julai 1958 - Naik takhta setelah ayahanda baginda Almarhum Sultan Badlishah mangkat.

20 Februari 1959 - Ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-28.

21 September 1970 - Baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah dilantik secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

25 Disember 1975 - Baginda berkahwin dengan Tuanku Sultanah Haminah.

7 April 1994 - Pelantikan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga kini.

26 Ogos 2003 - Tuanku Sultanah Bahiyah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit


9 Januari 2004 - Pelantikan Yang Mulia Che Puan Haminah Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baharu dengan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Kedah.

13 December 2011 - Ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke-14 dengan gelaran:
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Sir Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Daulat Tuanku!

No comments: