Keputusan Ujian Darah

Ehsan Google
Assalaamualaikum.
Akhirnya! Result dah keluar. Sebenarnya dah lama keluar, tapi orang klinik tak tepon². So, semalam gi walk-in tanya,'Result saya dah siap ke?' Eceh sopan kan ayat mokcik. Orang kat klinik jawab,'Dah. Dah. Eh! we all tak telipon bagitahu yer..' Macam tu lah lebih kurang bunyik nyer. Pasal tak jelas, bila dengar orang cakap di balik cermin kaunter kann.

Nak tahu ke apa result mokcik?

Agak sedih jugak lah, dengan badan mokcik yang kurus cekeding. Bolih.. bacaan kolestrol jahat jadi tinggi. Nilai  purata kena kurang dari 2.6 dan bacaan mokcik adalah 3.2 ( LDL Kolestrol). Teringatkan kolestrol ni, pagi ni breakfast dengan nestum jer. Hehe.. Oat dah lama takde dalam simpanan. Tapi kejap lagi mesti akan lapar cepat. Huhu.. Plan nak makan roti dengan madu jer lah nanti. 

Doktor ada pesan kurangkan daging, seafood dan makanan goreng².. So, apa nak makan ni. Ikan memang peberet, tapi kalu tak goreng, rasa macam geli nak makan. Macam mentah kann.

Ujian darah untuk penyakit lain.. Alhamdulillah. Macam okay jer. Cuma ada beberapa yang tak tepat, sebab sample darah tu sel darah dah pecah, klinik lambat hantar atau pick-up man dari lab lambat amik. Tunggu tahun depan lah kan, untuk check balik. Aii, dok sebut darah² banyak kali ni, rasa trauma lak. Apa nak jadi ni, inikan pula kalu nak amik darah, itu yang pitam bagai.

Ada satu lagi nak story, pasal keputusan ujian tu. Segala antigen dan antibodi untuk hepatitis yang disuntik dari zaman kecik² dulu tu dah expired. Dah kena amik suntikan baru.. Sapa tahu berapa kos suntikan tu?

Nota : Mokcik sudah check. Anda?

5 comments:

Jia Nur Fizza said...

hehhe..baca en3 ni tingat time blood test baru2 ni...Memamg takut sebenarnya...tapi ada tujuan so terpaksa lah p jugak...nampak jarum ja mula lah berdebar...mujur lah doc tu ok...then saya yang ketakutan ni mulalah menyoal doc itu dan ini...dalam hati fuhh..tuhan ja yang taw...hehe..tapi agaknya doc tu faham..dia pun layan jelah soalan saya...=P...

Mia Liana said...

uikkk alamak... dah lama tak pegi check darah ni... risau juga...

RozSyah said...

assalam..

baru je ambik result darah kt spital last week..alhamdulillah kolestrol dan gula di paras normal..!

thomas said...

Harga kena tanya tuan/puan doctor,hairan boleh expire juga vacination lama2.

Nora Karim said...

bagusnya tuan rumah... sangat prihatin... akak lama dah tak buat medical check up... risau juga... thanks ingatkan... nanti nak pergi la...