Pisang Apa?

Pisang sama panjang dengan sudu

Assalaamualaikum.

Semalam mummy ke Econsave mencari pisang dan barang dapur lain. Di sana ternampak ada dua label pisang - 'Berangan rm4.99 1kilo' dan 'Cavendish rm3.99 1kilo'.

Susunan pun nampak macam dari belah cavendish dan melebihi ke kawasan pisang berangan. Keutamaan memilih pun tak kisah sangat pisang apa. So, target yang murah lah, asalkan pisang! Selagi boleh berjimat, nak makan kasik lawass je pun.

Dah ambil pisang mummy pusing2 cari barang lain pulak, sementara hubby pergi beratur untuk timbang; tengok boleh tahan panjang Q, daripada kena tunggu lama, baik beratur awal. Masa timbang tu, mummy dah sampai di kaunter, dan.. Sekali pisang di timbang sebagai pisang berangan. Mummy pun tanya, "Ini bukan cavendish ke?" Tukang timbang tu boleh senyum je. Haiyo... Mummy memang tak kenal sangat jenis2 pisang ni.

Korang kenal tak pisang?

Nota: Pisang Tanduk je confirm mummy kenal..
Sent from my mobile®

2 comments:

Normi Nieza said...

cik nor tahu mkn jewr..:)

Cik Misstree said...

Tak kenal maka tak cinta