Belog Sepi Mahu Ceria Kembali

Chak!

Assalaamualaikum wrm.

Agak lama belog ini sunyi. Sunyi dari entrinya, sunyi dari sapaan makhluk yang ada, dan sunyi dari segala yang sunyi. 

Dari April hingga Mei semua menjadi sepi. Kini, di bulan Jun, cuba kembali bangkit untuk ceriakan belog ini dan memberi sesuatu yang bermanfaat. Pada yang sudi singgah dan baca di sini, 'Terima kasih' didahulukan. Kalu ada yang tak bermanfaat tu jangan ditiru pulak yer. 

Dalam masa menyepi, mummy sebenarnya sibuk dengan kerja² freelance, nak cari duit poket lah. Nak , harapkan iklan nuff semata, setahun nak dapat cash-out pun belom tentu.. Memang tak boleh lah kan, sebab belog ini belom berdaya maju, dan letih lah kalu semua tempat kita singgah nak kena bagitahu, 'saya dah klik iklan awak', supaya inreturn orang tu dtg balik klik ilan kita. Kalu encik nuff tahu mesti dia mungeh. Mummy klik seikhlas hati oke. Jangan marah arr. 

Pada awal bulan April sebelum berkecimpung dengan freelance secara intensif, mummy ada ikut satu lawatan jemaah ni pergi ke Medan, Indonesia. Dapat pergi melawat makam alim ulama di sana. Sekali-sekala ikut kumpulan orang apa salahnya, kalu selalu biasa sendiri yang buat dan bawa rombongan jalan². Bawak rombongan cik-kiah ni juga boleh juga mengubat hati nan sepi, dan menambah kenalan katakan. Ala mummy caj harga kawan² jer.. Tapi tahun ni belom tahu ada rezeki lagi ke nak buat.. Kalu ada sambutan, mummy on jer... 

Cerita pasal jalan² ni memang best, boleh release tension. Tapi itulah modalnye mesti ada. Bagi mummy sendiri senang, buat tabung khusus untuk travel. Nak, seribu daya. Tak nak, cukup dengan satu dalih jer.. So, ada sesiapa nak ikut rombongan mummy pergi ke Garut, Indonesia akhir tahun ni? Boleh menabung dari sekarang! Acu komen, nak tengok berapa orang nak ikut?

Aktiviti lain yang buat mummy takde perasaan nak update belog, adalah sibuk mencari resepi dan mencuba resepi. Aktiviti masak-memasak ni pun sebab nak release stress. Lepas tu ada jugak, terima beberapa tempahan kecil-kecilan jer. Bagi yang bertanya tentang kelas roti, minta maaflah sebab mummy termenyepi sekali. Insha Allah jika diizinkan, lepas raya lah kita adakan. Itupun jika masih ada yang sudi menuntut ilmu dengan mummy, insya-Allah sepuluh kali mummy sudi curahkan sedikit ilmu yang ada ini.  Tapi kalu nak resepi free, anda boleh google je, berlambak² sampai sendiri pening mana satu nak buat. Resepi untuk kelas ini memang spesel sket lar - Ilmu yang dapat dari chef² yang mummy hadirkan diri di kelas mereka.

Haiya sebut pasal kubur, memang terasa tak nak mati lagi.. Sebab tak cukup amal. Dosa pastinya ada, dan belom tentu Allah dah ampunkan kita. Cuma kena terus muhasabah diri dan fikir sehabis positif pintu taubat masih terbuka. Mati itu pasti dan bila² masa je..

Jika ada salah dan silap mummy harap diampunkan. Mummy hanya manusia biasa yang inginkan kedamaian dan ketenangan, jika berada di sebaliknya, kepala mummy akan jadi macam orang kena migrain. Kalu boleh tidak mahu dipertanggunjawab kan ke atas apa² kesalahan yang telah mummy perbuat dan ada pula yang meniru kesalahan tersebut. Wai'yalzhubillah.

1 comment:

Cik Misstree said...

Welcome back!