Senarai 14 Barangan Terkawal Sempena Deepavali


Sumber dari Bernama

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan penetapan harga maksimum borong dan runcit bagi 14 jenis barang di bawah Skim Harga Musim Perayaan sempena perayaan Deepavali 5 Nov ini. penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama 10 hari bermula Ahad ini.

Harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Kuala Lumpur ialah

  1. ayam hidup RM6.10 sekilogram
  2. ayam standard (RM7.20)
  3. ayam super (RM8.05)
  4. daging kambing tempatan bertulang (RM29)
  5. daging kambing biri-biri import bertulang (RM17)
  6. daging kambing biri-biri import tanpa tulang RM20 sekilogram
  7. telur ayam gred A (RM0.34 sen sebiji)
  8. telur ayam gred B (RM0.33 sen)
  9. telur ayam gred C (RM0.32 sen)
  10. cili merah (RM11)
  11. tomato (RM4.20) 
  12. bawang merah kecil dari India (RM5)
  13. ubi kentang import dari China (RM2.50)
  14. kacang dhal dari Australia RM3.50 sekilogram

Peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim tersebut akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946. 'Bagi orang perseorangan, boleh didenda sehingga RM15,000 atau dua tahun penjara atau dikompaun sehingga RM7,500 manakala bagi pertubuhan perbadanan, denda maksimumnya ialah RM25,000 atau dikompaun sehingga RM12,500'

Pengguna yang mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi peraturan itu diminta membuat aduan melalui e-aduan@kpdnkk.gov.my atau talian bebas tol 1-800-886-800 atau pejabat kementerian itu di seluruh negara.

No comments: