Renew Roadtax


Assalaamualaikum.

Tadi kan pergi renew insurance kereta hasben. Dah renew insuran, apalagi nak renew roadtax la pulak kan..

Tak pernah hayat tolon renew roadtax kenderaan orang lain, first time tolon renew yang hasben punyer.. Pastu ada pulak yang nak minta tolon sekali - agen tempat mokcik renew insuran mintak tolon renew kan roadtax lori. Sebelum ni pernah lah mokcik pi tempat agen untuk renew insuran dan roadtax.. Kan ada fee untuk itu semua. Tapi khidmat mokcik tadi foc.. Mahu gak dekat setengah jam tunggu giliran.. sib baik tak lama prosesnyer..

Nak tahu? Roadtax lori untuk 6 bulan adalah 177 hinggit.. kalu lori lagi besar kena sampai 398 hinggit... Berbanding kereta hanya 90 hinggit setahun.. Tiada motif apa².. hanya nak kongsi figure sahaja..

Tak pernah lak terpikir hari ni, ada yang minta tolon bayarkan roadtax lori.. maklumlah pejabat agen ngan JPJ sebelah jer.. Mungkin atas dasar percaya dia minta tolon, mana taknyer.. dekat 6 ratus hinggit dia bagi cash untuk bayar roadtax. Mokcik lak, antara nak ngan tak nak buat.. tapi dah orang mintak tolon.. relakan ajerlah apa yang mampu..

Nota mokcik: Korang pernah?

No comments: