Orang Utan - Pusat Hidupan Liar Semenggoh


Assalaamualaikum.

Nak sambung citer pasal jalan² kat Sarawak.

Hari kedua, pagi² lagi kami bergerak ke pusat hidupan liar kat semenggoh. Kat sini ada orang utan yang hidup secara semulajadi tanpa di kurung. tapi mereka akan diberi makan orang petugas kat sana. Waktu makan adalah pada jam 9 pagi. So, kalu nak tengok binatang ni kena lah datang waktu makan dia-ekor.. Ngeh3x..



Kalu nak tengok binatang ni ada pantang larang tau.. Iaitu tak leh buat bising. Tak caya? ni ha siap ada papan tanda lagi..




Nasib² lah untuk tengok orang utan ni.. sebab mungkin ia tak muncul.. Kalu tak, kena datang lagi petangnya untuk sesi waktu makan pada pukul 2 petang lak.. Untuk makluman, bayaran masuk hanyalah RM3 seorang.





Kebanyakkan pelawat yang datang waktu tu adalah dari kalangan mat² dan mek² salleh.. Kami jer kot orang Melayu yang hadir pagi tuh..

Dapat jugak mokcik snap gambar orang utan, Walau tempat kami berdiri adalah lebih 30 meter dari tempat petugas sedang memberi makan dan memanggil² orang utan. Orang² utan kat sini ada nama tau, yang mokcik ingat, 'Ritchie' - oran utan yang saiz paling besar. Tapi yang muncul ni tak sure nama apa lak..

Orang yang datang pun nak posing jugak.. Buat kenang-kenangan.

Yang ni pulak aksi orang utan dan anaknya.. Lau tak silap mak-nyer nama 'Delima'

Sekian, buat masa ni..

Nota mokcik: Syiok jugak kalu dapat jadi petugas kat sini..

No comments: