Jom Sihat

Salam Ceria.

Pada siang hari tadi, pergi lepak kat tempat keje seben a.k.a. bekas opis mokcik jugak.. Dah boring lepak sampai petang - dah tyme orang balik, ajak seben ronda mall yang berdekatan lak..

Nak dijadikan cerita, tyme masa menapak nak masuk kete, ada pulak sorang kakak ni bagi salam. Nak. Tak nak. Salam wajib kena jawab.. Cuak jugak masa tuh - Sampai tak ingat apa soalan pertama dia. Tapi mokcik lak yang tanya dia balik, 'Ni jual produk apa?'

Dia jawab,'Bukan jual produk, tapi.. nak kongsi pasal kesihatan. Dulu saya ada sakit kronik.. bla..bla..Hormon tak stabil..bla..bla..'

Apalagi, mokcik pun balas balik, 'Saya pun dulu ada masalah susah nak tidur, sekarang ok, lepas ada dan buat spa sendiri kat rumah. Saya tak makan ayam biasa dijual di kedai, mesti carik yang organik. Makan pun masak sendiri.. Sekarang pun dah tak keje, boleh masak untuk suami saya bawa bekal hari².. bla..bla.. bla...'

Kakak tu: 'Bagus².. Camaner pulak dengan parents?' Mokcik: ' Saya dah takder parents'.

Kakak tu pintas: ' Jiran? '. Mokcik pintas balik: 'Mak mertua ada lagi.. Tapi itulah bab nak jaga kesihatan ni susah sket nak didik-mendidik.. Spa saya nak bagi percuma pun, orang tak nak datang. Yang penting kesedaran itu kena datang dari dalam diri sendiri. Okaylah saya ni nak rush.. Rumah saya jauh dari sini..'

Ayat terakhir tu memang ikhlas sebab nak balik cepat - dah pukul 6 lebih tyme tuh, nanti kang maghrib kami entah di mana.. Mokcik salute dengan cita² murni kakak tu nak bagi kesedaran untuk jaga kesihatan, cuma mokcik masih berfikir ada lagi ke perkara lain dia cuba nak lakukan - macam ada sesuatu.. Wallahua'lam.

Nota Mokcik: Ada sesapa pernah mengalami situasi sebegini?

2 comments:

chiLleD...!! said...

mokcik dh kawen ker..hehe

mokcik-ann said...

hahaha.. knp sayang?