Salam Jumaat Dariku Untukmu

Jumaat yang diberkati kembali lagi. Pastinya terasa sekejap sahaja. Moga hari ini kita lebih sedar akan dosa-dosa kita lalu memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat. Khususnya di musim pelbagai cabaran dan musibah sedang menguji kita. Sedari akan belas dan ihsan Allah swt dalam menerima rayuan dan taubat hambaNya yang ikhlas memohon.

Kalau ketika susah ramai seolah 'terpaksa' ingati Allah swt dan memohon. Bagaimana di ketika kita senang? Nabi bersabda

"Sesiapa yang MENGENAL (mengingati & taati) Allah swt di ketika senang, nescaya Allah akan MENGENALNYA (membantu & memudahkannya) tatkala sukar". (Hadis riwayat Ahmad). Imam Hasan Al-Basri berkata : "Kerana amal soleh sewaktu senang, Allah membantunya akan membantu sewaktu sukar."

Ini Mummy quote dari fb Uztaz Zaharudin, sebab isi dia memang ada pada plot yang Mummy cuba nak sampaikan di hari Jumaat yang mulia ini, cuma kadang memang ada masa kita malas nak fikir buat ayat sendiri. Pagi ni mummy ada task untuk penuhi tempahan kek leleh dari customer.



Satu lagi berkenaan apa2 yang mummy share dalam belog ini, x semestinya betul atau tak semestinya salah semuanya. Even bible dari agama lain pun kita patut baca, untuk mengetahui isi kandungannya. Ada seorang pendebat, lupa nama penuhnya, kalu tak silap Mehdat, boleh hafal isi untuk dijadikan perdebatan dengan paderi2 besar untuk menyebarkan agama Islam yang suci.. Pendek kata, semua bacaan perlu dibaca dan diambil tahu, untuk dijadikan pengetahuan, bukan untuk diambil bulat2. Ada pepatah melayu, 'Yang baik dijadikan teladan, Yang jahat jadikan sempadan'. Kena atau tidak dengan persoalan ni, mummy rasa tempias mesti ada lah kan.. Oit jadi panjang pula.. Itu kekadang memang malas nak mula menaip, sebab akan panjang menjela. Bukannya sedap pun karangan ni, lagi sedap kalu buat kek ke.. Mupin ke.. Itu kata2 customer Mummy yang dah cuba hasil air tangan ini.

Adios.. Wassalam.
Sent from my mobile®

No comments: