Pesawat MAS #MH370 Hilang

Tengah hari Sabtu. Berderau darah bila terbaca di fesbuk tentang kehilangan pesawat MAS Kuala Lumpur ke Beijing. Seriau pun ado. Bayangkan jika kita adalah mangsa ataupun keluarga mangsa.

Sedikit maklumat tentang kehilangan pesawat:
»Pesawat mulakan penerbangan 12.40pagi dan dijangka sampai di Beijing 6.30pagi
»hilang hubungan pada pukul 2.40pagi
»lokasi terakhir di 120 batu nautika dari Timur Kota Bharu
»Operasi penyelamat dari pelbagai negara Asia; China, Malaysia, Singapura & Vietnam dan termasuk Amerika.

Dari tadi tunggu depan tv, harap2 ada pengumuman, selain tengok juga sumber media lain, tapi masih belom dapat jawapan dan harapkan masih ada keajaiban. Hanya pada Allah kita serahkan. Dari Allah kita datang, kepada-Nya kita semua akan kembali.

Takziah ke atas semua keluarga & sahabat handai mangsa. Semoga Allah permudahkan semua urusan dan beri yang terbaik.
Sent from my mobile®

1 comment:

Khir Khalid said...

Semoga dipermudahkan segala usaha penyelamat MH 370 & diberi ketabahan kpd keluarga mangsa dlm menghadapi situasi sukar ini... aamiin.