Tubuh Lemah

Salam.

Apa kabar? Harap semua sihat. Yang tak sihat, banyakkan berehat yek..


Sejak semalam, badan mokcik dah rasa sedikit lemah, tapi gagahkan juga untuk ke KLIA kerana tugas. Malam sebelumnya dah dapat sakit tekak, tapi alahdulillah pagiunya rasa dah kurang, lepas minum jus epal melillea.

Hari ni lak dah masuk hari kedua hidung mokcik tersumbat dek kerana selsema melanda. Plus badan rasa panas sekali-sekala, dan jadi lesu dan malas aka tak larat nak berbelog walking. Harap kekawan tak ambil hati okay fasal tak dapat nak balas jejak.

Ada satu lagi masalah yang tengah melanda mokcik. Tengah demam ni, sakit belakang di bahagian pinggang ni datang singgah lagi.. So, apalagi yang mokik buat selain banyak berehat dan berbaring saja untuk kurangkan rasa stress di situ.4 Sakit kepala dan penin tak payah ceritalah, memamg itulah yang sering datang dan pergi. Sakit kepala, tidur. Bangun tidur, sakit lagi. Fasal banyak tidur. Penin kepala tak dibuatnyer?

Nota mokcik: Sakit adalah salah satu cara macamana dosa kita di kifarah, jika kita tetap sabar.

2 comments:

Faz_cs said...

Wsalam...get well soon... :)

mokcik-ann said...

tenkiu dear..