Cuti² Sarawak

 Assalaamualaikum!

Okey! Ini adalah episod akhir ronda² kat Sarawak.

Pada yang belom baca atau tengok² gambar, boleh belek episod sebelum. Sebab dah sebut episod terakhir. So, entri ni adalah khusus untuk gossip² tempat mokcik menginap semasa di sana.

Pintu masuk utama

Boleh nampak ke nama tempat tu? Macam tak boleh kan.. Meh mokcik sebutkan - 'My Village Baruk Homestay'. 

Pernah dengar ke? Okay sebelum sampai situ, mokcik pun tak pernah dengar. Tapi rupernyer tempat itu pernah masuk tv3. Dalam rancangan jalan² cari makan. Sebelah homestay tu jer ada restauran My Baruk Village. Homestay di tingkat atas. Manakala restauran lak ada atas dan bawah of coz lah occupied jugak.

Kira senang lah nak makan kan.. Tak nyah susah² nak masak lah. Nama lagi cuti² kan. Masak pun cuti sama.


Gambar sebelah ini pula adalah corridor ke hall homestay. Ada perassan takk. Dari pintu utama dan tangga untuk ke tingkat atas adalah buatan dari buluh. Kat corridor ni pun buluh jugak. Jelas kelihatan di syiling tu kan.

Ada pula hiasan lampu dari rotan - peberet mokcik ni tau. Dah lama tersuka. Kebetulan masa gi ronda2 kedai ada ternampak untuk dijual. Tapi sekali tanya.. Mahal daa.. terus cancell niat untuk memiliki. Hu-hu.. Yelah kan susah tu nak anyam kot..


Jom layan gambar kat dalam bilik lak.. Ada hiasan lagi menarik. U all tengok lah sendiri yek.. dan nilai sendiri cantik ke idakk..


Akhir sekali adalah gambar kat suatu sudut kat hall dalam homestay. Yang kelihatan itu adalah wardrobe yang menarik perhatian mokcik untuk dijadikan ilham untuk seben ku buatkan wardrobe seperti ini di rumah kami.. Hu-hu.. Boleh tercapai ke impian mokcik ni agaknyer..


No comments: