Bertugas di Pagi Hari

21 November 2011
Assalaamualaikum!

Hari ni pagi² buta dah keluar rumah. Dah lama tak buat kerja macam ni - Celik mata, bangun terus mandi, solat, bersiap, dan terus keluar rumah. Mokcik dah dapat kerja baru, nak ke tempat kerja lah neh.. Sapa nak kesahkan, mokcik kerja ke menganggur ker?

Kalu nak kesah.. bacalah sampai abih!
Wokeh. Terima kasih dulu kepada yang sudi baca.

Gambar Ihsan dari Gugel
Hari ni keluar pepagi disebabkan kerana sebuah parcel. Parcel yang seberat 7.3kilo adalah untuk dikirimkan kepada seseorang yang berada jauh di sinun. Terlupa nak snap gambar parcel tue.. So, pinjam dari mr gugel lah.

Siapakah gerangan pemilik parcel ini? Biarlah rahsia ekk.. Yang penting barang di dalamnya adalah berharga okay! Pasal apa berharga - Fasal di dalamnya adalah baju² dari kedai Surf&Shoppe, yang dipesan oleh pelanggan setia mokcik dari Mesir. Jauh kan?

Parcel ini harus diserahkan kepada teman kepada pelanggan setia mokcik ituw, yang akan berangkat ke Mesir pada jam 9 pagi tadi. Maka bersungguh²lah mokcik dan ncik suami bergegas ke KLIA pada pepagi buta. O-ho-ho.. 

Semoga perniagaan di Mesir semakin kencang yer. Nanti jangan lupa buat pesanan lagi.. Terima Kasih....!

No comments: