Tiroid ke Kanser

Assalaamualaikum.

Selamat petang dan selamat berbahagia semua...

Sejak-dua menjak berada di kampung ni, ku tidak menyempat nak update belog. Tapi masa kat rumah pun macam tu jugak. Al-sebok dengan kerje² lain pulak. Hari ni dapat peluang keemasan ni nak citer sket pasal keberadaan ku di kampung ni.

Hari ni di awal pagi, ku dan kakak ku pergi menghantar kakak ku yang seorang lagi ke hospital. Kakak ku ada temujanji dengan doktor untuk menjalani operasi besok-nyer, kerana ada masalah di dalam kerongkongnya. Doktor tidak sahkan ia adalah tiroid atau pun kanser.. Katanya; " lepas bedah baru boleh tahu ia tiroid atau tidak". Pelik takk bunyik nyer..

Hmm.. Ku ni tak tahu menahu pasal ni, tak dapat lah citer lanjut apakah bende tu.. Hanya mampu berdoa akan keselamatan dia - kakak ku. Amin.

Kekawan yang baca ni, please yer.. Doakan sekali.

Wassalam.

No comments: