Masalah Sistem Pemparitan

Assalaamualaikum!

Tengah buat apa tuh?! Hehe.. Mestilah tengah belogwalking kan..kan..kan..
Meh sini singgah baca entri jap.. Pasal Sistem Pemparitan ni..

Sistem pemparitan sangatlah..Hua..Hua..Hua.. Bunyi macam gempak, sebenarnya nak citer pasal masalah tempat laluan dari sinki ke keluar tu yang tersumbat. Sistem kat rumah mokcik ni laluan air keluar berkongsi antara sinki dan air basuhan dari mesin basuh.. Kalu sebelum ni air mesin basuh jer yang melimpah, tak kisah sangat.. sebab air sabun jer.. Tapi kali ni lagi dasat, air sinki lak yang melimpah.. Huhu.. Huaaaaa..

Dari pagi dah usaha pergi carik unclog drain ke apa ke namanya kat kedai mymydin.. Tapi masa matahari tegak atas kepala, tak mahu jugak air mengalir keluar... Apalagi mokcik pun bersusah payah lah carik idea lain, camaner nak bagi air keluar ni. Jolok dengan besi pengcungkildah tentu.. Siram air panas lah.. Habiskan semua stok pencuci dan tuang ke dalam lubang.. Tapi degil jugak air nih. Last² mokcik dapat idea - Jolok batang paip dalam² pastu pasang air kuat². Segala ketulan sisa keluar naik dan timbul. Mak-aiii banyaknyer sampah..

Sampah berupa ketulan macam tanah, patutlah air tak nak keluar. Nampak macam biskut pun ada.. Huhu.. Sebenarnya, mokcik dah lapar la.. Dari tengahari sepatutnya masak, ku dok jolok lubang paip tuh.. Sekarang ni tengah take 5 kali kedua - cicah biskut dengan air kopi. Entah nanti nak masak apa la.... Paip nyer masih sumbat, periuk semalam pun belom berbasuh.. Adoiyaiii


Pesan Mokcik: 
Kena rajin siram air panas ke dalam sinki tu sebelum masuk tidur at least 2 minggu sekali.

No comments: