Keluar Hospital

Assalaamualaikum kekawan..
Moga semua sihat sejahtera hendaknya.

Aiyaah.. Beberapa hari tak sempat nak update belog, banyaknyer criter nak story.. Entah rajin ke tidak nak menaip nie.. Jom layan citer mokcik.

Mula² nak sambung citer pasal my sis:
Hari Sabtu minggu lepas lagi, dia dah discharged dari hospital. Sebenarnya hari kamis, dia dah dapat hint dari doktor hari esoknya dah boleh keluar, tapi sebab ada berlaku sedikit kesilapan oleh doktor kecil; - doktor besar marah² kenapa ada udara dalam botol tempat darah kotor / bisa keluar.

Sepatutnya, botol tu tiada udara supaya memberi tekanan untuk mengeluarkan segala darah yang kotor atau air bisa tempat kena bedah keluar, dan masuk ke dalam botol.  Jadi, bila benda yang patut keluar atau kering awal tak habis² lagi, camaner kakak ku boleh keluar kan.. Terpaksa dia ditahan di hospital sehari lagi. Itu yang Sabtu baru boleh keluar hospital.

Okay, citer pasal penyakit dia pulak.. Alkisah tiroid ke kanser?
Doktor ada bagitahu, kakak ku ada kanser. Dan sahlah yang dia dok merana selama ni, adalah bukan tiroid.. Cuma doktor belom sahkan lagi kanser apakah itu? Tunggu sebulan lagi selepas doktor buat kajian..

>>Baca kisah sebelum<<

Nota Mokcik: Tiada penyakit yang tiada ubat, kecuali sakit mati

No comments: