Al-Fatihah Buat Opah

Assalamualaikum.

Harap anda semua dalam keberkatan Allah Azzawajalla.

Petang Isnin baru² ni, opah kepada suami ku telah meninggal dunia akibat sakit tua. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya,di Klang, dan telah dibawa pulang ke kampung.
ALFATIHAH buat Allahyarhamah.

Kami pula tak dapat terus pulang pada malamnyer.. Sebab seben pula baru baik dari demam, selesema dan batuk yang sebabkan dia macam nak kena asma.. Mokcik sendiri pun tak berapa sihat - tapi hanya kena serang sakit tekak jer, dan kadang² sakit kepala.

Pagi² Selasa baru kami bertolak ke kg. Alhamdulillah semua urusan pengebumian Allahyarhamah berjalan lancar semalam sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Lewat petangnyer pulak kami terus balik kemari, kerana hari ni- Rabu, seben kena kerja lagi. Dari kampung sampailah di rumah tengah malam semalam, kepala mokcik terasa sangat sakit.. Lepas tidur pun masih belom reda. Tup² hari ni, mokcik lak yang kena demam - rasa panas badan, plus hidung terus berair dan tersumbat. Kepala pun ada penin sket.

Nota Mokcik: Doakan kesejahteraan roh Allahyarhamah opah yer. Juga kesembuhan mokcik jugak ni.. Tolon tengok jugak Wordless mokcik hari ni

No comments: