Krisis Nuklear Jepun

Bayi tengah di scan radiasi
Salam.

Semalam, 15 Mac 2011, Jerman telah mengumumkan akan penutupan tujuh loji nuklear mereka, yang telah beroperasi sejak sebelum tahun 1980 - Lama tu dah beroperasi!

Keputusan diambil setelah krisis nuklear yang melanda Jepun selepas gempa dan kesan tsunami - Okay jugak tuh, ambil iktibar katakan.

Kesian dah ku tengok orang2 kat Jepun tu.. Dah lah kena gempa, lepas tu tsunami, sekarang ruang udara mereka di cemari kesan radiasi pulak. Syukur kita kat Malaysia masih dinaungi Rahmat Allah tiada mala petaka seumpama itu sekarang ni.



Ada juga rakyat Jepun yang meragui dengan pemerintah diorang, takut2 diorang sorok berita benar tentang pencemaran kesan radiasi selepas loji nuklear mereka meletup. Ye lah kan, pencemaran radiasi tu kita tak dapat nak lihat dengan mata kasar.. Tengok jer lah gambar bayi kat atas tu.. Kanak2 tak berdosa pun terpaksa terima akibatnya.

Bagaimana ye kabar rakyat Malaysia di sana, terutamanya para pelajar?
Harap semuanya selamat.