Musim Kelajuan Internet Tahap Siput

Salam Petang Jumaat.

Ceria² selalu.. Harapnya para penyinggah di sini sihat semuanya. Pagi tadi sempat buat lawatan ke beberapa belog kawan², memang sekarang ni musim internet sangat perlahan, makanya, penjelajahan ke belog rakan² amatlah sedikit bilangannya. Maafkan aku, ini bukan salah ku!

Lebih memeritkan bilangan pengunjung ke sini pun sangat² lah berkurang. Haku tahu belog ni agak berat juga timbangannya, tapi apa nak buat, kalu nak buang semuanya, nanti dah tak lawa la pulak.. Hehehe.. Kita nak ikut sedap mata memandang sapa, tuan punya ke, pengunjung? Jawapannya ada dengan anda!



Tapi satu hal, jika ada yang boleh bersabar untuk menunggu lamanya sesebuah belog itu, mengapa tidak kita juga turut bersabar! Kadang² belog tak berat pun jadi amat lama untuk load, ada juga yang terpaksa beberapa kali kena tekan reload untuk load semula. Payah, memanglah payah rasa, tapi kalu hendak seribu daya!

Persoalannya, apa yang sebenar terjadi dengan kemudahan internet di Malaysia sekarang ni? Tentunya ada kaitan dengan kabel kat mana² rosak tak.

Selamat beristirahat di ujung minggu. Wassalam.


Pesan Mokcik: Sekarang belogwalking pakai nama 'm2a' - macam2 ann.