Cara Kira Zakat Perniagaan



SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN

  • Muslim: Hanya bahagian pemilikan orang Islam sahaja yang wajib dizakatkan.
  • Harta Halal: Harta yang halal sahaja yang diwajibkan Zakat.
  • Cukup Haul: Haul dikira daripada awal perniagaan sehingga genap tempuh satu tahun mengikut kalendar Hijrah (355 hari) atau Masehi (365 hari).
  • Cukup Nisab: Nisab harta perniagaan dan wang dinilaikan berdasarkan harga pasaran 86 gram emas.
  • Milik Sempurna (al-Milk at-Tam): Zakat diwajibkan terhadap harta perniagaan yang mempunyai status milik sempurna dari segi pemilikan fizikal (hiyazah) dan berkuasa mengurus tadbir (tasaruff) harta tersebut.
  • Harta Produktif (an-Nama’): Harta yang diwajibkan Zakat mestilah yang boleh berkembang atau berpotensi untuk berkembang.
  • Niat Perniagaan (urud at-tijarah): Niat perniagaan mesti dilakukan apabila harta tersebut dipunyai peniaga dengan bertujuan diperniagakan untuk memperolehi keuntungan.

FORMULA KIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN

Zakat Perniagaan = (Aset semasa – Liabiliti semasa +/- Pelarasan) x 2.5% x % Pemilikan Muslim



CONTOH KIRAAN UNTUK PERNIAGAAN KECIL

1. Aset Semasa:
Wang tunai di tangan = RM3,000
Wang tunai di bank = RM5,800
Stok akhir = RM4,500
Hutang pelanggan = RM1,500
Jumlah Aset Semasa (A) = RM14,800


2. Tolak Liabiliti Semasa:
Hutang dagangan kepada pembekal = RM500
Lain-lain hutang (kos operasi sahaja) = RM2,000
Jumlah Liabiliti Semasa (B) = RM2,500

Aset Semasa Bersih (A-B) = RM12,300

3. Pelarasan:
Campur Aset Semasa
+ Derma pada suku akhir tahun (C) = RM500
+ Pengambilan wang kegunaan sendiri (D) = RM30,000
Tolak Aset Semasa
- Stok lapuk / Usang (E) = RM1,000

Nilai Aset yang dikenakan Zakat (A-B+C+D-E)= RM41,800

4. Kadar Zakat 2.5%: = RM1,045


5. % Pemilikan Muslim (Contoh: 100%): = RM1,045

Jumlah Zakat Perniagaan = RM1,045


Sumber: MUIS

Nota kaki: Jauhnya pergi buat rujukan sampai Singapore. Ilmu kan.. tak kira lah di mana pun ia berada.