Cerita Cacing

Salam.

Hari ni, tetiba teringat kat cerita cacing.
Jom layan..

#Cacing I

Sampel cacing yang ada kat kobis


Al-kisahnya, pada masa buat kenduri tahlil minggu lepas. Masa nak siang sayur kobis, ada makcik ni cakap; "Bukak daun kobis ni satu², takut ada cacing."
Ingat² lupa, rasanya ni pertama kali dengar pasal cacing dalam kobis. Tak penah hayat jumpa cacing masa potong kobis. Banyak sangat racun perosak kot kobis kita beli, sampai cacing pun tiada lagi.
Apa yang kita selalu buat, sebab nak cepat kan. Potong jer kobis sebesar mana nak. Lepas tu baru leraikan satu-persatu daunnya, dan rendam dalam air. Letak lah garam sket untuk bersihkan racun yang ada. Entah betul ke tidak cara ni. Sila komeng komen!


#Cacing II

Citer ni dah lama giler. Suatu hari kita bawa bekal ikan masak sardin pergi ofis. Time waktu makan, bawalah bekal ni nak pergi panaskan kat pantry. Terserempak pula dengan sorang makcik(bukan panggilan sebenar) ni. Kita pun berbasa-basi lah ngan dia kan; "Makcik dah makan?" dan ayatku bersambung lagi "Nak sardin tak?". Nak tahu apa jawab dia.. "Tak nak lah, sardin ada cacing!". Kita pun dengan terpinga² sambil bawa sardin ku lari.. dalam hati memang rasa tak puas hati, tapi malas nak panjang cerita. Lagipun makanan aku ni halal per.. Sardin cap pertima.


Moralnya: Rasa macam aku ni serba tak tahu jer. Tapi sebenarnya kita ada cara tersendiri dan pemikiran yang berbeza². Oleh itu kita kena hormat-menghormati satu sama lain. Bukannya nak tunjuk pandai atau menyakiti hati orang dengan lidah yang tajam. Eh! ada kaitan ker cerita dengan moralnya ni. Kalu takder, ada²kan lah yer! Ahak..

No comments: