Salam Pagi Jumaat.

Masih pagi lagi kan?! Walau jam dah hampir Jam 12 tghari.. Hehe
Tapi hakikatnya, kat luar tu panas giler.. Hangat matahari sangat menyengat kulit.

Hari ni dah Jumaat.. Cepatnyer kan masa berlalu.

Petang nanti nak balik ke kampung lagi.. Ada kenduri tahlil untuk arwah adik ipar, pada malam ni. Tak dapat lah tolon memasak tapi dapat jugak tolon kemas2 lepas kenduri. Biasanya tukang masak memang dah ramai. Cuma bab kemas-mengemas jer yang kurang beres. Tu yang rasa bertanggungjawab kena balik jugak, untuk tolon kurangkan beban ibu mertua untuk mengemas lepas kenduri. Kalu malam belom beres, sambung esoknya la kan.

So, malam ni, esok dan lusa akan ku tinggalkan belog ini lagi.. Setelah hampir 2 minggu belog ini tak terurus. Korang tolon tengok2 kan ekk.. 

Mokcik tinggalkan dalam belog ini dengan sebuah hadis:
Daripada Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a., Nabi s.a.w. bersabda: " Siapa yang mengadakan ikutan yang baik dalam Islam, ia mendapat ganjaran amalan itu dan ganjaran orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun. Dan siapa yang mengadakan ikutan yang buruk dalam Islam, ia mendapat dosa daripada amalan itu dan dosa orang yang mengamalkan selepasnya, tanpa kekurangan sedikit pun." 
(Riwayat Muslim)


No comments: