Catatan 20 Feb

::11.05pm::

Salam.

Seminggu dah berlalu selepas adik ipar kembali ke Rahmatullah.
Rasa ketidakpercayaan masih berbuku di hati.

Pada waktu yang sama di minggu lepas suami telah menerima panggilan dari kampung.
Bunyi jer telefon, hati ku sudah terdetik seperti ada kabar yang kurang enak untuk didengar.
Itulah hakikatnya, panggilan telefon adalah berita kematian beliau.

Percaya mahu pun tidak, kaki perlu gagah untuk pulang ke kampung, walau sudah terlambat untuk bertemu empat mata seperti sebelumnya. Malam itu juga kami bertolak pulang. Setelah berkemas apa yang patut, jam 12.50 kami bergerak ke Ampang untuk mengambil tok sedara yang ingin pulang bersama kami.

Hampir jam 5.30 pagi kami tiba. Suasana memang sunyi sepi sebab semua masih lena dan beradu. 
Begitu juga sekujur tubuh Allahyarham kelihatan tenang dan sangat lena tidurnya diselimuti kain batik dan sehelai kain jarang menutupi mukanya. 

Tika itu, air mata tak dapat lagi nak ditahan. Ia menujah keluar tanpa disuruh. Al-Fatihah.

No comments: