Catatan 3.1.11

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Salam Ceria & Salam Hormat..


Rentetan daripada malam minggu yang busan, maka berlarutan hingga ke hari ini. Hari² yang dilalui tetap juga dalam lingkungan yang sama, iaitu busan. Hari ni dah nak masuk malam ke-4 tahun 2011, baru terhegeh² nak buat entri. Memang saja jer melambat²kan sebab tiada semangat wajar.

Kalu nak diplotkan pada graf tahap kebusanan ni, maka terhasillah garisan yang mendatar sahaja, tiada garisan menaik walau sedikit. Tapi jika digambarkan di monitor ECG (tahu tak apa maksud ku?). Ala.. Mesin yang cek jantung tuh, kan ada skrinnya yang hitam dan ada garisan warna hijau. 

Okey, sambung balik ayat tadi.. Jika digambarkan pada skrin itu, maka maksudnya; orang itu sudah tiada lagi. Ni haa contoh grafnya:


Tapi dalam kes ni, bukan ada sesapa yang meninggal, cuma ibarat sahaja. Kenapalah imaginasi ku sampai ke situ. Bukankah ini betul³ menunjukkan tahap kebusanan terlampau. Tolon lah paham kepada sesiapa yang sudi prihatin. Huhu..

Sekarang, ruang untuk mengenal-pasti kenapa tahap busan masih juga bertahan. Tapi ada ke orang nak layan punca² ni? Kita kurang femes pun, malah tak femes langsung. Takpelah, kita hentam sajalah. Yang penting rasa hati ku terluah.. Ngeee.. Harap² boleh cepat lega!


  • Faktor 1 # BE dah jadi ME - Ncik Nuff dah kuarkan BE saya, dan hanya itulah satu²nya yang wujud sebelum ni, dan pungutannya pun amatlah sedikit. Sekarang sudah nehi.. Zero.. Nyilek.. Tarak BE lagi. Tapi akan ku tetap setia menanti.. Walau harapan untuk cash out masih jauh ke hadapan. Namun, jika ditakdirkan ini adalah rezeki ku, akan ku pertahankan. Jiwang sket mak malam ni.

  • Faktor 2 # Blog ke aku yang tak femes² - Wakaka.. Ada jugak perasan ini. Tak dapat disangkal, siapa yang tak mau fofular. Tetaplah takkan femes punya, fasal kita tak lawa macam orang yang dah femes² tuh. Faktor ni terhilite bukan sebab nak giler femes, tapi sebenanrnya teringin nak buat kontes atau give-away gak.. Hehe.. Tapi takder idea nak buat dalam bentuk camaner, supaya tak menyusahkan diriku dan dirimu jua. Bila dah ada kontest, bulih femes sket kan blog kita ni.. Weee... Ehek, kan menyelam sambil minum air. Tapi segan gak nak buat, kot takder sambutan.. Maklumlah, hadiah pun mungkin tak seberapa. Nantilah, akan difikirkan lagi yek!

  • Faktor 3 # Tahun lepas tiada bonus - Oh! Bonus-link ada lah... Tapi belom sempat tengok lagi berapa point yang ada. Sahkan bonus, malahan gaji tahun lepas pun belom dapat laei ni! Boss, mana gaji saya? Saya tahu lah bulan² terakhir saya banyak berblogging jer. Tapi tu bukan salah saya. Boss yang tak bagi keje, apa saya nak buat lagi, selain isi masa lapang berblog jogging. Salah ke saya? Mana tahu cepat sket dapat cash out dari Nuff. Boss tu yang tak create projek, kalu ada projek, baru saya ada keje.. Betul tak saya cakap ni? Huhu.. nak gaji boss.. sengket tahap sarat dah ni.
Cukuplah kot 3 punca yang sudah tereka-cipta, ni pun rasa takder yang baca pun. Hukhuk.. Sabar ye sayang! Yeah.. Aku sayang apa, pada diriku sendiri. Selain sayang pada Allah, Rasul dan Ibu-bapa. Suami? Sayang dia kalu dia sayang jugak kat kita. Uwaa... tangkap syahdu lak bunyi. No-no, kena sayang-menyayangi hanya kerana Allah. Al-fatihah buat kedua ibubapa ku yang telah lama pergi.
Wei, bila nak berenti menaip ni? Idea mencurah² pulak.. Tapi kena stop jugak.

Nota: Astaghfirullahal'azim. Sori, entri malam ni hanya luahan penulis yang boleh dibuang dalam tong sampah sahaja. Tapi penulis berkeras untuk menyimpannnya di sini sebagai mengenang masa² getir. Getir sangatlah~

No comments: