Ubah Cara hidup! Ubah Cara Hidup!

|Catatan 5 Januari|

Assalamualaikum.

Ke hadapan kepada kawan² blogger ku. ««(Macam nak tulis surat jer)
Sihat hendaknya korang semua, walaupun harga minyak telah naik lagi.
Takper lah.. Sket jer naik tuh, esok-lusa, bulan depan ke, ia naiklah lagi sket².


Kita kena bersyukur. Alhamdulillah.. Dapat hirup udara percuma yang Allah Taala dah beri. Apa lagi... Tanda syukur seorang hamba kepada penciptanya, solat lima waktulah, jangan dilekeh²kan. Solat di awal waktu yer! ««(Ini ditujukan kepada diri sendiri)

Sebagai rakyat pula, kita kena bersyukur akan adanya bangunan tinggi bertingkat². ««(Aku gayat kalu naik tinggi²) Dah tu, janganlah marah² kalu harga minyak dinaikkan lagi. Untuk kesejahteraan rakyat jugak.  Bersyukur. Bersyukur. Kerana hidup di Malaysia dengan aman damai dari segala perang yang senjata canggih dan berteknologi tinggi. Setakat perang mulut dan minda tu apa lah sangat. Mereka tulis di dada akhbar, di media maya seperti mukabuku, twit² dan juga bloggie memasing, dan tak kurang hebatnya yang ada di kaca tv anda. Bersyukur. Bersyukur. Jangan melenting tak tentu fasal. Tak payah demo emo segala. Menyusahkan FRU jer.

Apa kata kita cuba cara lain. Untuk salurkan rasa marah² manja kita tu. Tapi pasti dah ramai yang melakukan dengan cara tersendiri. Kalu belom, boleh cuba² sekarang!  
Ubah cara hidupUbah! Cara hidup.

  • Bela kuda sebagai pets - Instead of kucing, tikus, atau gekko. Lembu pun boleh, tapi lambat sket lah kalu nak naik kereta lembu utk sampai ke tempat kerja. Pasal jauh, pergi-balik dah 100kilo sehari. Nak tunggu kereta elektrik proton, tak tahu nak keluar bila. Takut pulak nanti tariff letrik lak naik mendadak. Kalu kuar hujung thn ni pun rasa macam tak mampu nak bayar bulan². Setakat deposit jer lepas kot. Nauzubillah. Mintak² murah rezeki kita thn ni, boleh beli apa yang patut-kuda or kete letrik. Amin. Cuma jalan lah kena carik jalan bertanah, kalu lalu atas jalan bertar cepat lah haus tapak kaki kuda ku. Pada yang dah bela sekarang.««(Selalu ternampak dekat² ke jalan lumba kuda) Syabass!!

  • Makan heavy sekali jer sehari - Mungkin pagi lah kena makan berat. Sbb makan pagi tu penting. Tengahari dan malam, kita cecah biskut kering atau roti kering jer.. Tak pun bawak bekal cekodok dari rumah. Ubahlah sket menu cucuk tuh. Hari ni cuk bawang, esok cuk bilis, lusa... pandai² koranglah. Kena dapat kerjasama dari bos jugak, sediakan dapur portable untuk masak di opis, bagi mana² yang tak sempat nak sediakan di rumah, sebab rumah jauh dari opis.

  • Ambil upah mesin rumput - Dah lama dah duk perati ni, ramai sangat sekarang bangla yang dok bawak mesin rumput naik basikal or motor dok ronda kat taman² perumahan, tak kira hari lah. Diorang ni dtg mesia semata² cari rezeki buat keje tu jer ker apa. Kalu wat part time, hari minggu jer lah kan.  Nampak macam kerja sendiri², bukan atas nama mana² agensi . Bis tu, camaner ke cara diorang masuk mesia.««(Bukan nak suspension sangat) Musykil ni. Ada sapa yang tahu? Tolon jawab sket.. Tu kot minyak tanah pun naik.««(Pakai minyak tanah ker) Daripada bangla dok mesin rumput, kita lah pulak yang amik upah, tapi kerje kena ikhlas lah, jangan wat sekadar lepas batuk di tangga jer. Mesin rumput tak licin, tapi mintak bayar mahal. Ahaks. Bila segala minyak dah naik ni, pakai jer gunting, baru baloi orang nak bayar mahal, sebab penat lol dok mencangkung mengunting.

Setakat tu dululah cadangan yang terfikir di dalam benak ni. Yang betul dijadikan teladan, yang mengarut diketepikan. Kalu ada idea lain, nanti kita roger² lagi! Segala komen dialu²kan.

Wassalam.



Nota: Tapi adakah kita sahaja yang kena ubah? Ini tidak aci!

No comments: