Kerja Tertangguh

Salam Semua & Selamat Pagi!

Pada pagi yang sunyi ini, dimaklumkan Ann akan mengemaskini kerja² memfolo orang yang telah menjadi pengikut setia belog Ann-Macam², bila Ann ada masa terluang nanti. Sebut lagi sekali, a-kan. O.K.!
Setia yang tahap mana tidak lah dapat dikesan. Itu tak kesah sangat, yang kesah nya, pasal janji ni!
Sebagai janji manis yang telah tersiar pada mula² aktif berblogging semula dulu. Tapi itu bukannya paksaan pun utk ikut, ada sesiapa ingat takk. Kalu tak ingat, bagus jugak! Tak payah susah² nak ikut balik. Hihi.. Melawak ajer lah.



Ini kira kerja tertangguh ni. Macamana boleh tertangguh pulakk. Pasal.. yang wajib didahulukan.. selain solat, kerja opis, kerja rumah, makan, tidur, bla..bla.. dan seperti di bawah juga..


Kerja yang hari² kena buat:
Berjalan² ke belog - sesapa saja yang aktif semasa lawatan sedang berjalan
Pos entri - kadang miss jugak pasal kering idea

Makanya, terhasilah kerja yang tertangguh; Jejak pengikut (Follow follower)


Tapi jangan susah hatilah, lambat atau cepat akan di ikuti juga, selagi nyawa dikandung badan.
Cuma satu jer yang Ann tak pasti. Adakah dapat mengikuti semua pengikut²?
Kenapa pulak tak boleh?
Pasal.. Tidak semua yang memaparkan link blog masing² pada profile kamoo.
Mungkin uols tak pasan kot, harap² jangan ada yang tak tahu-menahu pulak. Tapi kalu betul tak tahu, nak kena bagi tutorial ni.
Nak ke uols usha nanti, kalau nak bagi percuma..

Jangan marah yer, i will be follow u.....


Nota: Tunggguuuu....

No comments: