Petua Menambat Hati Isteri

Awas!! Ini adalah tips kebahagian rumahtangga. Khusus untuk para suami untuk menambat hati sang isteri. Kalu nak bahagia anda bulih lakukan tanpa was².
"Tambat Hati Kukuhkan Ikatan,
Kasih Sayang Pasti Berkekalan."

Cewaahh.. Ada pantun 2 kerat dari Mokcik untuk anda semua!
Selamat membaca...

Hari² yang sang suami perlu buat:
  • Lakukan ibadah bersama.
  • Berdoa agar disayangi.
  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
  • Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  • Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

Hari² ikut situasi tertentu:
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
  • Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala(atau bila bergaduh), beritahu bila anda akan pulang. Juga maklumkan anda perlu bersendirian untuk berfikir.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  • Berlatih untuk mendengar dengan baik - Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati - Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak boleh dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Tolong buang sampah tanpa disuruh.
  • Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
  • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Jangan tukar-tukar saluran televisyen apabila menonton bersama isteri.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
  • Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  • Jika keluar daerah, telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
  • Sokong pendapat isteri kalau dia bertentangan pendapat dengan orang lain.
  • Urut-mengurut isteri dari semasa ke semasa.
  • Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  • Masuk tidur serentak. Jangan tunggu program televisyen habis baru masuk tidur.
  • Pamerkan kasih sayang dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
  • Sabar jika isteri terlambat sedikit atau tiba² ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
  • Beri perhatian lebih pada isteri daripada orang lain ketika di khalayak ramai.
  • Beri tindak balas positif apabila mendengar isteri bercerita.
  • Ucapkan terima kasih terhadap setiap khidmat yang isteri berikan. 
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri seperti mana mereka memanjakan kita.

Sekali sekala yang hari² pun bagus untuk dipraktis:
  • Tolong masak atau ajak makan di luar.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian.
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.


Sekali-Sekala:
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.)
  • Belikan hadiah kecil: minyak wangi, jamu atau seumpamanya.
  • Bawa pulang ole-ole, berupa kuih kegemaran isteri atau seumpama.
  • Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk isteri.
  • Cari masa untuk berdua-duaan.
  • Pergi berkelah.
  • Lakukan riadah bersama isteri.
Sumber: diolah dari sumber cedokan intenet.

Nota:  Kalu tips ini tak mujarab, boleh tanya pada isteri masing², apa kehendak dan kemahuan mereka.

    No comments: