La Hot Spring - 'Sahaja aku pergi berendam'

Assalaamualaikum!

Pagi² Jumaat lepas, mokcik membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Kelantam. Sesampai sahaja di kg, ada lak yang buat rancangan nak pergi berendam ke air panas La. So, apalagi.. you go, i follow...




Kali ni adalah kali ke-3 sebenarnya kunjungan mokcik ke sini. Zaman dulu² pergi dah lama dah.. zaman belom aktif dengan belog lagi.. So, kali ni pergi takde lah sebok nak bergambar bagai. Just pergi for berendam - 'Sahaja aku pergi berendam air panas'

Jom layan sket info tentang La Hot Spring...

La Hot Spring terletak di Kampung La, Jerteh, Terengganu. Ia merupakan tempat yang cantik dan sesuai untuk berehat bersama-sama keluarga. Air panas La terletak dalam Daerah Besut, kira-kira 28km dari Pekan Jerteh, 101km dari kampung halaman mokcik, dan 155km dari Bandaraya Terengganu. Ia juga merupakan pintu masuk kepada hutan simpanan Gunung Tebu.
Tempat ini adalah sangat menarik kerana terdapat kawasan kolam air panas yang dikelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau. Bersebelahan kolam air panas, mengalir sebatang sungai dengan air yang jenih dan sejuk. Sesiapa yang berkunjung ke La Hot Spring bolehlah memilih antara air panas atau sejuk. Kan menarik tue...?

Sekian,dimaklumkan.

5 comments:

Isabel Diaz said...

Wah, bestnya..

Lieya Von Jay said...

pernah gak pegi kat sini .. sekali ja.. jalan nak pegi tmpat tu mcm ulaq kena palu kan ^_^

thomas said...

Wah! Ada dua pilihan.

mokcik said...

Isabel: Memang best
Lieya: Sekarang ada jalan baru.. dah tak lalu jln roller coaster tuh.
Encik Thomas boleh la try test. Tak rugi untuk cuba..

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum...

"Kelantam" tu negeri baru ea...? :)


*************

Rhizoplus - Penawar Gout, Readung & Migrain Paling Mujarab