Apek Khairul Fahmi Bakal Jutawan

Assalaamualaikum.

Ye ker?! Itu rezeki dia.. Jangan ada yang nak jeles2 lak ekk.. Kalu nak jugak, kena usaha sendiri. Usaha tanga kejayaan. Bukannyer usaha nak mendajalkan orang lain. Hu-hu.. Apa yang mokcik merepek ni.. Jom lah layan berita yang mokcik petik dari sumber Mymetro semalam.

KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.
Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,
Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.
“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.
Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).
Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.

Nak gambar jugak ke? Meh sini tengok kita letak sekali neh..



2 comments:

Model Busana Muslim Murah said...

artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

kakyong said...

dah rezeki dia kan.. tahniah utk apex..