Hari Ini Gerhana Bulan

Assalaamualaikum wrm.

Dikabarkan hari ni 8 oktober akan berlaku gerhana bulan dan dijangka akan kelihatan pada jam 7.30mlm ini di kebanyakkan negeri² di Malaysia.

Pada yang ingin menunaikan solat sunat gerhana bulan, menurut hadis sahih tak ingat pulak riwayat sapa: adalah disarankan untuk melihat dulu gerhana bulan barulah menunaikan solat. 

Tetapi terdapat juga kawasan yang tidak boleh melihat atau gerhana bulan tidak akan kelihatan disebabkan cuaca dan sebagainya. Maka, perlulah mendapat kepastian daripada mereka yang berada di kawasan yang telah melihat gerhana bulan.

Gerhana bulan boleh dilihat di bahagian timur. Caranya: Apabila keluar dari masjid, maka pandanglah ke sebelah timur. Mummy nak kena check kompas dulu.. hehe.. konpius sikit. Kalu dulu dok hafal: Ulam-Timun-Sambal-Belacan. Korang boleh faham tak?!


Gerhana bulan dikatakan sebagai raptai hari kiamat. Bayangkan selepas berlaku gerhana bulan, dan bulan itu terus-menerus berada dalam gerhana, dan setelah itu muncul pula matahari. Maka.. akan berlakulah kiamat. Oleh itu, setelah solat sunat, eloklah kita banyak² berdoa dan memohon taubat dari Allah subhanawatalla.

Wallahua'lam.

Wassalam.

3 comments:

Noor Mala Shahar said...

singgah baca post terbaru....
menabung

Ibu Fahim said...

Alhamdulillah...TQ atas info.

Fuza Musa said...

Berkesempatan hari tu tengok