Malam Laitul-Qadar

Salam Ramadan 10 Terakhir...

Malam sepuluh terakhir Ramadan akan adanya malam lailatul-qadar. Satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam yang dinanti² oleh para muslimin dan muslimat.
Adakah ia malam 21 baru² ni?
Atau malam 23?
Atau malam² berikutnyer?

Seingat mokcik, malam 21 tempoh hari adalah malam yang sangat tenang dan damai, tanpa angin bertiup, mahupun hujan ataupun terasa hangat. Antara tanda² malam laitul-qadar:
1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
 4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Walau bagaimanapun, malam sepuluh terakhir masih berbaki. Jangan pula kita abaikan. Bersesuaian dengan hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. :
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Hadis lain Aishah meriwayatkan:
Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Wallahu'alam.
Nota mokcik: Jom beramal & mencari malam Lailatul-Qadar.
rujukan: sumber di internet

1 comment:

chiLleD...!! said...

jom2 kejar 10 mlm akhir ni..sepuluh akhir ramadhan dijanjikan dijaukn dr api neraka..=)