Selamat Eidul Adha

Assalaamualaikum wrm.

Menu Pagi Eidul Adha

Masih ada yang beraya di kampung? Syioknyer kan.. Apa menu pagi korang?

Mummy beraya di bandar aje.. dengan abang seisi keluarga. Alhamdulillah, ada juga rasa beraya. Lepas selesai solat hari raya, dapat berkumpul dengan keluarga abang dan dapat makan beramai² dengan bermacam² hidangan juadah yang kakak ipar telah sediakan. Mummy pun tak nak lepaskan peluang untuk sediakan satu menu. Mummy buat yang paling simple iaitu ayam tandoori..hiks! Simple kan?! Berbanding 3 menu lain yang kakak ipar buat semuanya; nasi arab(rekues adik kakak ipar), ada rojak(abang yang rekues) dan ada mee rebus(tak tahu sapa rekues yang ni). Oh! ada lagi satu, kek keju meleleh yang mummy buat atas permintaan kakak ipar.


Menu lengkap

Bezanya kalu balik beraya di kampung mummy, dapatlah masak beramai² daging yang telah dikorbankan dan makan daging segar gitu.. Hehe. Itupun dah lama rasanya mummy tak merasa suasana macam tu. Entah dapat merasa lagi ke tidak. Maklumlah, dah tiada orang tua di sana yang sudi atau tertunggu² kepulangan kita. Sekarang dah lain, tiada lagi yang ingat kita kot, ada benda lain yang lebih diingati oleh mereka di sana. Masa bujang dulu, anak² sedara pun masih kecil. selalu tanya tak balik ke? Balik lah, boleh kasi duit raya. Sekarang diorg dah besar, dah tak ingat nak tanya or ajak kita balik beraya, diorang pulak yang tunggu anak sedara mereka. Huhu.. syahdu lah pulak rasa. Anak sendiri pun belom ada rezeki, takde mood rasa nak beraya.. Pergi jalan mana² pun tengok orang jalan beramai² best jer. Tapi mummy pun best jugak, jalan berdua, macam romantik gitu.. Ahaha.. 

Okay, pada yang masih beraya di kg, selamat berkunjung-kunjungan ke rumah sanak saudara. Tak nyah lah tunggu orang buat open house baru nak datang. Mummy kat sini tunggu je kalu ada sesapa nak datang beraya.. tapi, jangan lupa bagitahu awal² yer.. nanti datang dapat minum teh O je.. Bila teringat, ahli keluarga ramai tapi yang datang baru beberapa kerat je sedih juga. bukannya kita tak pernah dtg umah depa walau jauh. Sekarang ni harga petrol pun sudah naik lagi, makin jarang lah nampaknyer mummy nak pergi berjalan². Ahaha! Alasan.... Korang jangan ikut tabiat mummy yang mana difikirkan tak baik yer. Huhu..

Pada yang tak balik beraya, jangan sedih², especially to PC ngan CikSiti.. Kalu rasa nak menangis jugak, meh sini, bahu mummy sedia untuk korang.. Jom kita tangkap syahdu bersama². Ngeee...

Akhir kalam, 'Selamat Berhari Raya yang ketiga hari..' Ada lagi yang menyembelih korban hari ni?

NOTA: Belum merasa daging korban. Baru terima pagi tadi dari ibu saudara. Terima kasih ibu saudaraku.

1 comment:

Teena Tna said...

Wahh, ayam tandoori tuu. Simple je eh, hihi.
Selamat hari raya aidiladha juga :)