Penghujung September



As-Salamualaikum.

September sudah di penghujung, tanpa di sedari.. tup-tup esok dah 1 Oktober.

September muncul di waktu orang masih menyambut syawal.. Mungkin ada yang masih di kampung halaman melepaskan rindu-dendam di sana.. Tiba masa pulang bandar, tanpa rela bila kena ikut suami balik untuk meneruskan pekerjaan. Bagi yang tidak bekerja macam mokcik.. bukannyer kesah sangat berapa haribulan pun..

Biasalah kan dah balik ke rumah ni, tradisi open house ada jer berjalan.. Bersuka-ria pulak dengan kawan².
Tak berapa lama kat rumah, mokcik ikut pulak rombongan cik kiah ke vietnam.. Trip tak terancang. hip-hip horayy lak kat negara orang - lupa diri lagi.. opss.. lupa haribulan lah tu maksudnyer..

Tiba masa balik ke negara asal, mokcik dipanggil bertugas pula.. Ha-ha.. macam askar lak yekk.. Tapi bukan sebenarnyer.. Just keje jadi programmer cabuk jer.. Tak sampai 2 minggu bertugas, mokcik rasa macam kurang selesa. Agaknyer dah lama sangat bertapa kat rumah sambil buat marketing.. Lastly, mokcik amik keputusan untuk buat kerja sendiri sahaja..

Tak sesuai rasa nak ikut telunjuk orang kot atau tak boleh nak terima opper orang kasik yang sket berbanding apa yang sudah lama ada dalam diri.. hu-hu.. demand la pulop.. Apa² pun apa mokcik buat adalah untuk kebahagian diri ku jua, yang penting ia adalah persetujuaan dan sokongan dari suami tercinta..

Begitu September pergi berlalu tanpa belas, berlalu tanpa semboyan mahupun siren.. Sampai ada beberapa bil yang mokcik lupa nak jelaskan.. Ha-ha.. tetiba jer dapat bil baru, 'Afsal ada tunggakan ni?'

Nota Mokcik: Nak pergi calculate bil.. Korang dah ker?


No comments: