Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100



Laman sesawang MyKahwin.my adalah web direktori untuk perkahwinan.
Wujudnya web ini memudahkan para peniaga mewar-warkan perkhidmatan dan produk yang bersangkut perihal bakal Raja Sehari. Justeru web ini amatlah bertepatan kerana merupakan tempat yang paling sesuai bagi setiap insan yang mempunyai impian untuk mendirikan rumahtangga.

Segalanya ada di sini, dari andaman, butik, cenderahati, katering dan fotografi hinggalah kepada penempahan dewan, pengacara majlis, pakej bulan madu dan bermacam lagi yang anda mungkin tidak terfikir pun. Bukankah ia suatu yang memudahkan para pengguna untuk membuat perancangan dari A hingga Z.

Lebih mengujakan adalah pengiklanan di MyKahwin.my adalah percuma. Peluang keemasan yang tersedia ini harus disambut baik oleh para peniaga dan pengusaha bagi meluaskan perniagaan mereka yang berkaitan dengan kerja kahwin dan seumpamanya.

Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 ini telah ditaja oleh MyKahwin.my dengan kerjasama blog 2DayBlogger.Com.Jom kita ke 2dayblogger.com untuk belajar dan berkongsi ilmu Blogging dan Isu Semasa bersama Faisal Abdullah.


Jom sesiapa lagi mahu ikut serta boleh terus ke laman penaja untuk mengintai syarat² penyertaan. Sebagaimana kebiasaan, kewajipan kontes adalah menguar²kan kepada warga blogger lain, lalu mokcik mengetag mereka - Sufi, Che An, Mrs. Yie, Abg Terror & 5zal.

Wassalam.

Nota Mokcik: Harapan adalah bukan suatu pengharapan muktamad.