Perjalanan 2015 Semakin Pantas

Assalamualaikum warahmatullah..



Terasa baru sahaja melangkah ke tahun 2015 dengan menyambut tahun baru pada 1 januari lalu..kann. Hakikatnya sekarang sudah pun habis bulan mac, dan telah menginjak ke April pula. Rasanya bulan Januari tidak banyak perkara atau isu yang berlaku. Cuma teringat, masa tu masih lagi dalam trauma dan terbayang² kesusahan yang dialami oleh mangsa banjir, hendak turun padang untuk membantu tidak terdaya. Sekadar tolong dari jarak jauh jer..

Masuk Februari, tepat pada 1 feb pergi daftar ssm setelah lebih 2 tahun tidak aktifkan diri dlm jualan online, berhibernasi gitu.. No registar SSM yang lama pun turut ikut padam.



Insha-Allah tahun ni kena usaha lebih demi meneruskan kehidupan di hari tua yang tak tentu penghujungnya. Bak kata orang agama; 'bekerjalah seperti mau hidup seribu tahun, beribadatlah seperti esok nak mati'. Lepas sah bergelar usahawan online , mummy masih juga tidak berkesempatan untuk aktif di internet kerana terdapat beberapa kekangan seperti dana dan juga mood berintenet heh... xkuat semangat la gitu kot.. tambah masa yang makin terhad rasa... huhu.. 

Di akhir februari, mummy telah ikut serta rombongan meraikan majlis konvokesyen anak saudara di uni cairo, sampai awal bulan mac pun masih dalam mood holiday.. Tambahan baru lepas menjalani lasik, mata ini masih kekaburan dan tengah membiasakan diri dengan dunia tanpa kacamata jarak jauh. 

Kini, dah genap sebulan mata bebas kacamata.. Alhamdulillah. Semoga mata ku ini terus sihat dan menjadi makin tajam penglihatan. Ahaha... semua cerita rasa nak coret kat sini di bawah satu tajuk. Maaf la, kalu entri ni agak kaku. Sememangnye mummy tak reti² nak berkarya sehebat teman² seperjuangan lain. Oh! Ada satu lagi nak citer.. ada juga yang tanya mummy; 'takde buat kelas roti ke lagi?' Maafla, tak sempat nak jawab di email. Sebab mummy sendiri tidak dapat penuhi jadual/target sendiri yang banyak kerja terbengkalai sejak akhir tahun 2014. InshaAllah kalau ada rezeki kita buat ye.. Bulan Mei ke, itupun jika masih ada permintaan la. Buat masa ni Mummy nak fokus untuk buat umrah. InshaAllah tengah bulan ni.

Bulan ini juga insha-Allah ada produk baru akan masuk.. Ada masa jom singgah kedai online mummy.

Nota akhir: kelas roti dibuat area kajang berdekatan bangi. Sapa nak join, boleh email. Kalu ada permintaan mummy akan buat. Insha-Allah..

2 comments:

Cik Misstree said...

Lama menyepi. Moga mendapat umrah mabrur. Amin :)

aizamia3 said...

moga mummy sihat dalam menjalani rutin harian.