Streamyx kepada U-mobile

Assalamualaikum.

Apa kabar? Harap sihat² selalu walaupun sudah lama kita tak bersua di ruangan alam maya ini.

Sudah lebih 4 atau 5 bulan rasanya mummy telah beralih arah kepada U-mobile setelah bertahun² bersama TM. Sebelum mengambil keputusan berpisah dengan TM, mummy terlalu kecewa dengan serbis TM



Kenapa pilih U-mobile?
Sebab pertama, apabila merujuk kepada coverage adalah okay di kawasan penginapan. Kedua ia tiada kontrak dan boleh sharing wifi. Paling best ada 7 hari trial untuk pengunaan, kalu tak nak pakai boleh pulangkan dengan dapat bayaran balik. Ternyata dalam masa percubaan, memang superb kelajuan dan kepantasan berinternet. Begitu juga untuk sebulan awal, masih juga memuaskan. Cuma yang tidak puas, pengunaan sebulan adalah 10GB data - 5GB waktu puncak, 5GB lagi waktu orang tidur nyenyak. Wow! Mulanya bila dengar 10GB memang rasa pakai tidak habis kot. 


Tapi tekaan itu semua jadi meleset, pengunaan 5GB tu hanyalah amat limited kerana tidak sampai 30 hari pun. Hari ke- 15 atau ke-20 quota sudah sampai 80% bergantung kepada penggunaan yang maha lebat. Sebab ini jugalah menjadikan mummy kurang berbloging lately. Huhu.. Itu belom campur lagi hari kurang sihat, kurang ada mood, hari bz sikit, hari bz banyak, hari x buat apa² kecuali merehatkan minda dan bla.. bla.. bla.. Last² blog jadi sepi dan mood makin x menjadi nak mengupdate.

Data 5GB lagi adalah pengunaan daripada jam 2 pagi - 8 pagi. Itu adalah waktu tak berapa munasabah, time orang dah tidur dan bila bangkit dari tidur, banyak sangat aktiviti time tu dan tiada masa sangat untuk berinternet. Sekarang ni memang rasa tidak seronok dengan U-mobile, dan tengah berkira² nak cari alternatif lain. Unifi memang taklah, sebab dah bertahun² mendaftarkan diri, tapi hingga ke saat ini, belom ada tanda Unifi nak setup kat kawasan ini. 

Cuma, hari tuh ada nampak beberapa orang pekerja yang berpakaian merah dan bertulis ABN Excess bertungkus-mulus lumus.. Adakah harapan di situ?

Nota: Ada sesiapa sudah berpengalaman atau guna serbis dari ABN ni takk

No comments: