Jauhi Facebook, Dropbox dan Google




Assalaamualaikum.
Jauhi Facebook, Dropbox dan Google - Edward Snowden
Snowden tidak yakin dengan ciri keselamatan perkhidmatan Internet popular.
Berhati-hati dengan saluran yang disangkakan bersifat peribadi. Mungkin itu ringkasan mesej yang cuba disampaikan bekas juruteknik komputer Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden dalam pendedahan terbarunya seperti yang dilaporkan TechCrunch.com.
Snowden yang kerap menggemparkan dunia dengan isu kerahsiaan maklumat dan kini dalam persembunyian di Rusia, menasihatkan pengguna supaya menjauhi perkhidmatan internet popular seperti Dropbox, Facebook dan Google.
Snowden yang dihubungi melalui sesi temu ramah video jarak jauh sempena Festival New York, berkata demikian ketika ditanyakan soalan mengenai cara melindungi privasi.
“Bila anda mengatakan ‘Saya tiada apa untuk disembunyikan’, anda sebenarnya berkata ‘Saya tidak peduli tentang hak ini’.
“Anda juga berkata ‘Saya tidak memiliki hak ini kerana saya perlu justifikasi mengenainya’. Satu-satunya cara sesebuah hak itu berfungsi adalah pihak kerajaan perlu menjustifikasi pencerobohan dalam hak anda,” kata Snowden yang mencetus ironi kerana temu ramah itu sendiri dibuat menggunakan platform khidmat layanan Google.
Snowden menasihatkan agar pengguna berhenti menggunakan perkhidmatan yang menjejas erti privasi. Dropbox menurut Snowden, tidak disokong enkripsi sementara alternatif seperti SpiderOak perlu diberi perhatian.
"Perbezaan antara Dropbox dan SpiderOak, adalah SpiderOak mengengkripsi data ketika ia berada dalam komputer pengguna, manakala Dropbox hanya mengenkripsi data ketika ia dalam transit (penghantaran) dan di dalam sistem pelayan,” ujar Snowden.
Dia juga menyarankan agar pengguna menjauhi Facebook dan Google walaupun kedua-duanya sudah meningkatkan ciri keselamatan.
Pesannya lagi: “Jangan hantar pesanan teks tanpa enkripsi, dan cubalah perkhidmatan lain seperti RedPhone dan Silent Circle”.
Apabila ditanya mengapa dia tidak kembali ke Amerika Syarikat (AS) untuk perbicaraan, Snowden memberitahu, dia tidak yakin kesnya akan dibicarakan dengan adil berikutan layanan yang diterima pendedah maklumat lain seperti Thomas Drake dan Chelsea Manning oleh pihak berkuasa AS.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/jauhi-facebook-dropbox-dan-google-edward-snowden-46077


Berita ini dipetik bulan lepas, cuma baru hari ini mummy baru berkesempatan nak syer. Realitinya, memang dah lama mummy menjauhkan diri daripada facebook. Lebih banyak perkara yang buruk di sana daripada yang baik yang telah menganggu kehidupan seharian iaitu banyak perkara lagha dan kadangkala mencuit emosi mummy juga. Antara akibat menjauhi, dah tidak boleh nak sertai kebanyakkan GA yang rata² melibatkan fesbuk.


Hmmm... Dewasa ini, kemajuan teknologi tidak dapat dinafikan. Ketiadaan facebook juga terkesan pada aktiviti jualan mummy kebelakangan ini. Mungkinlah sebab ia sudah terbiar sunyi tanpa sebutir kata. Sekali-sekala mummy ada juga jenguk ke page perniagaan yang berkenaan dengan menggunakan akaun back-up mummy. So, sekarang ni mummy ingat hendak aktifkan diri guna akaun ini, dan jika ada sesiapa yang sudi nak add mummy untuk jadi kawan baru boleh berbuat demikian. Mummy segan lah nak add uols.. maklumlah akaun back-up ni memang xder orang pun.. kecuali page² yang mummy telah like.. Oh! pls be good kay fesbuk cayunk. Mummy nak bina hidup baru dengan uols yang baik hati. Boleh gitu? Nanti boleh lah join GA para blogger, barulah tak janggung gayanya. 

Kalu pasal dropbox memang jarang² pakai. Cuma google je lah tak leh nak tinggal. Blog ni sendiri pun adalah dari google. Hehe... Ada juga cuba pakai tumblr, tp macam tak seronok sangat.

Okay, yang penting pasal privasi tu, uols pandai² kanlah yer.. Fikir dulu sebelum buat. Chaiyok! Mummy undur diri dulu. Wassalam.

1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

saya setuju dengan pendapat beliau... cuma sebenarnya internet itu sendiri lebih banyak membawa kesan buruk daripada baik... kalau banyak negara boleh mengharamkan facebook.... dan negara tu terus hidup... kenapa tak Malaysia